Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Isnin, 28 November 2011
Betul Ke Apa Yang Aku Nampak Malam Tu???
Apa yang aku nampak sebenarnya? Aku dah lama nak ceritakan tapi baru sekarang rasa nak tulis dalam blog. Pada malam semasa membuat rakaman untuk video pembunuhan bagi kumpulan Uda & Dara, rasanya pada malam jumaat. Video tersebut dilakukan di belakang pejabat kolej. Kolej mana, aku tak nak bagitahu. Semasa permulaan, aku merakam kawan aku punya lakonan, lepas siap untuk babak tersebut, aku bukalah nak tengok video yang aku rakam tu, masa tu, tinggal aku seorang saja dekat tangga belakang pejabat tu. Semua kawan-kawan yang lain, duduk berjauhan dari aku sedikit. Semasa aku tengok video tu, tiba-tiba aku rasa macam nak pandang ke arah tasik belakang pejabat kolej tu, tiba-tiba,terus aku terpandang, entah, betul ke tak apa yang aku nampak malam tu, berdiri bulu roma aku. Kau orang pun boleh fikirkan apa yang aku nampak? Seram! tapi aku tak cerita pun kat kawan aku, cuma aku bagitahu yang aku rasa seram sejuk je malam tu, lepas siap video tu baru aku begitahu kat dia orang apa yang aku nampak. Kalaulah sempat aku rakam!!!
Sabtu, 26 November 2011
Kehidupan Dunia Nikmat Sementara
Allah swt berfirman: " Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanam-tanaman bumi kerana air itu, di antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya.
maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-ganang dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (dapat hasilnya), tiba-tiba datanglah kepada azab kami pada waktu malam/siang, lalu kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (kami) kepada orang yang berfikir"
(surah Yunus 10:24)
RENUNG2KANLAH DAN SELAMAT BERAMAL...

Isnin, 21 November 2011
Rezeki Hari Jumaat
Apa yang rezekinya, mesti nak tahukan, hehehehe. Hari jumaat 2, 3 hari lepas, ada kelas ganti, subjek keterampilan berbahasa. Wah, bunyi macam best je. Nak jadikan, Aku kena panggil untuk baca 'slide' gaya berbahasa dengan intonasi yang betul, memang rezekilah, tambah-tambah boleh buat orang gelak pagi-pagi buta. Menghilangkan megantuklah katakan. Em, yang boleh buat orang gelak tu, bukan apa, sebab sampai satu patah perkataan, Aku tersasur sebut, perkataan apa?Hehehehe, INTITUSI-INTITUSI, cuba sebut dengan cepat, mahu tak tersasur, Hahahahaha. Mahu tidak 3, 4 kali Aku sebut tak betul, lepas tu, barulah sempurna. Dr. subjek tu, bagi Aku rezeki lagi untuk memilih salah seorang pelajar dalam kelas tu. Memang dah lama Aku tunggu saat ini, hahahahaha. Apa lagi, Aku terus memilih seorang pempuan, pempuan tu, memang Aku kenal, nama dia orang panggil H**I**, dan dia juga kawan kepada kawan Aku kot N**I*. Terus Dr. panggil dia, nasib baik dia tak macam Aku, tapi lagi hebatnya dia. Dia tukar ayat sendiri bila nak akhir 'slide' tu, Mahu tak gelak semua pelajar, Hahahaha. Em, Nasib baiklah kawan Aku kot N**I* ni tak kelas sekali dengan Aku, kalau tak, Aku dah bagi kat dia dah, Hahahaha.
Sabtu, 19 November 2011
Lawak Seorang Pelajar IPTA
Pada suatu hari, adalah Mamat ini terlewat masuk kelas, disebabkan semalam dia tidur lewat, seperti biasa, kelas bermula pada pukul 8 pagi, namun, Mamat ni dah terlewat setengah jam. Apabila sampai dalam kelas, pensyarahnya bertanya kat Mamat ni.
Pensyarah: Mamat, awak tahu ke yang awak dah lewat masuk kelas, sekarang pukul berapa?
Mamat: saya thu, saya lewat 30 minit,dan sekarang dah pukul 8.30 pagi.
Pensyarah: bagus kalau awak tahu. Tapi kenapa awak lewat sampai 30 minit?
Mamat: Saya lewat sebab 1 je kerana papan tanda
Pensyarah: 1 sebab je, papan tanda, kenapa dengan papan tanda?
Mamat: Ye, tadi masa saya sampai kat selekoh tajam, saya terbaca 1 papan tanda, "awas selekoh tajam, jalan perlahan". jadi, saya terlewat sampai sebab itulah.
Pensyarah: @##$%%%^^&*
HEHEHEHE... Sekadar Lawak JE. Jangan Nak cuba-cuba Lak.

HaHaHaHa...Jumpa Pula Hari Khamis Baru Ni
Hahahaha...baru ini aku jumpa dia kat cafe fakulti,hari khamis juga. Sekali lagi jumpa pula, pada hari khamis juga,tapi bukan di cafe, di kerusi batu. Aku dah nampak dah dia, tapi aku buat tak tahu je. Nak tengok reaksi dia. Elok apa. HEHEHEHE.
Kelebihan Ayat Kursi
Walaupun ayat Kursi ini tidaklah panjang dan senang untuk dihafal, namun disebalik ayat Kursi ini ternyata mempunyai kelebihan apabila ia-Nya di amalkan.
ANTARA KELEBIHANNYA:
1. Daripada Anas Bin Malik R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Apabila seseorang daripada umatku membaca ayat kursi sebanyak 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjagaNya daripaada kejahatan syaitan dan darjatNya sama dengan orang yang membaca Al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat, ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni".
berkata Anas Bin Malik,
"Ya Rasulullah S.A.W, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasullullah S.A.W,
"Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari jumaat."

Daripada Anas Bin Malik R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
2.Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah akan mewakili 2 malaikat sepanjang tidurnya sehingga ke pagi.
3.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas selesai solat fardhu, maka Allah akan mengampunkan dosanya.
Rumusan yang dapat dibuat adalah, bertapa besar-Nya kelebihan ayat Kursi yang diturunkan oleh Allah, jika ia diamalkan.
"RENUNG-RENUNGKANLAH, DAN SELAMAT BERAMAL"
Khamis, 17 November 2011
Tiada Jalan Yang Singkat Untuk Senang Dalam Hidup
'Tiada jalan yang singkat untuk senang dalam kehidupan' itulah yang boleh dirumuskan apabila membaca akhbar metro hari ini yang bertajuk "Sesi Model Serah Diri". Hanya dengan sepatah dua kata menyebabkan dua orang pelajar perempuan tergadai maruah apabila di tawarkan menjalani sesi fotografi sebagai model profesional walaupun pelajar tersebut masih baru untuk menceburi bidang Model.Berhati-hatilah dengan tindakan licik mereka ini. Janganlah anda menjadikan situasi anda seperti peribahasa ini, Sudah terhantuk, Baru Nak Tergadah.
*Maruah Yang Tergadai, Tak Akan Kembali Kepada Asalnya*
*Maruah Yang Tergadai, Tak Akan Kembali Kepada Asalnya*
Memberi Tanpa Harapan Di Dunia
Memberi atau berkorban sesuatu (harta) yang kita sayangi kepada orang lain lebih elok daripada memberi sesuatu (harta) yang paling tidak disukai orang lain tanpa mengungkit.
Dalam satu ayat Al-Quran surah Al-Baqarah:261 maksudnya:
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Dapat diulas daripada ayat tersebut, sesungguhnya membelanjakan harta pada jalan Allah seperti sedekah, amal jariah dan lain-lain yang digalakkan dalam islam akan dibalas dengan berlipat kali ganda daripada nilai yang asal. Jika nilai RM 10 terlalu besar untuk disedekahkan, memadailah dengan RM 1 bersedekah, asalkan hati itu ikhlas. InsyAllah.

Selasa, 8 November 2011
Senyum Satu Ibadah dan Sedekah
Memperoleh pahala tak semestinya dengan bersedekah, tapi melalui ukiran senyum di bibir sudah memperoleh pahala kerana ianya satu ibadah. Dalam hadis ada menyentuh mengenai "senyum".
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,
“Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
“Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah S.A.W bersabda,
“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.”
(HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain juga ada menyebut bahawa senyum itu ibadah,,
“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”
(HR Tirmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)
UKIRLAH SENYUMAN YANG PALING MANIS KERANA SELAIN SEDEKAH, SENYUM ITU IBARAT LUKISAN RAHSIA HATI, IA TIDAK MENYAKITKAN, TETAPI MENJADI PENAWAR HATI YANG SAKIT.
Ahad, 6 November 2011
Suasana Hari Raya AidilAdha
Ibadah korban merupakan satu kewajiban umat islam bagi yang mampu melaksanakannya. Tahun ini, sekali lagi keluarga aku melaksanakan ibadah korban. Lihatlah gambar-gambar semasa ibadah korban di jalankan.
Lembu Bersiap Sedia Mengorbankan Nyawanya |
Lembu Yang Telah diberkas |
Ayah Aku Dah Mula Menyembelih Lembu |
penghujung Nyawa Seekor Lembu |
Akhirnya Tewas |
Keadaan Perut Lembu Setelah Di lapah |
Inilah Yang Paling Best |
Sabtu, 5 November 2011
Keadaan Jalan Raya KL- Kelantan
Semalam aku bertolak balik nak beraya kat kampung halamanku di negeri Kelantan. Bukan main seronok lagi balik nak beraya. Tapi yang tak seronoknya keadaan jalan raya yang tak berapa elok, dengan jalannya yang berlubang, dengan tak ada garisan tengah. Dahlah jalannya sempit, sebab itulah kadar kemalangan tinggi. Tak ada guna buat kempen itu, kempen ini, sedangkan keadaan jalan tidak memuaskan.
Jumaat, 4 November 2011
2 Perkara Yang Sama Berlaku
Kisahnya pada pagi tadi, lepas aku habis kelas, lebih kurang pukul 9 lebih, aku pergi cafe fakulti, tak sangka pulak jumpa dengan "orang tu", dengan sepinggan roti canai telur, aku pura-puralah lalu tepi dia, dia tengok macam tu je, dengan hujung mata je, sombong ea, nampak sangat, tak pe, tak pe.. tiap kali terjumpa, memang macam tulah ea
kisah kedua pula, petang tadi,lepas habis kelas dalam pukul 7, aku ambillah gambar pakai kamera, selesai ambil gambar, aku tinggal je dalam bakul motor, sampai je kat kolej, kat parkin motor, aku terus naik ke bilik, terlupa yang kamera dengan kunci motor boleh tertinggal kat situ, nasib baik ada rezeki, kawan aku Pendi tolong ambilkan, baru je kejap tadi,kul 11 lebih, terima sangat-sangat Pendi, terhutang budi pula dengan kau, lau orang lain yang ambil, dah bersuka-ria dah kot. Hari tu, dah sekali Aku tinggal kamera dalam bakul motor, tapi nasib baik aku ingat turun ambil. Em, benda sama berlaku juga hari ini.
Khamis, 3 November 2011
Rabu, 2 November 2011
Proses Muat Naik Video Dalam You Tube
daftar masuk email "gmail" dan pasword |
masukkan username anda suka "ingat username mesti tidak digunakan oleh sesiapa lagi" kemudiannya klik butang "uploadvideo" |
Selasa, 1 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)