Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 8 November 2011

Senyum Satu Ibadah dan Sedekah

Memperoleh pahala tak semestinya dengan bersedekah, tapi melalui ukiran senyum di bibir sudah memperoleh pahala kerana ianya satu ibadah. Dalam hadis ada menyentuh mengenai "senyum".

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,
“Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

 Rasulullah S.A.W bersabda,
“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” 
(HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain juga ada menyebut bahawa senyum itu ibadah,,
“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” 
(HR Tirmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)
UKIRLAH SENYUMAN YANG PALING MANIS KERANA SELAIN SEDEKAH, SENYUM ITU IBARAT LUKISAN  RAHSIA HATI, IA TIDAK MENYAKITKAN, TETAPI MENJADI PENAWAR HATI YANG SAKIT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan