Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Khamis, 17 November 2011

Memberi Tanpa Harapan Di Dunia

Memberi atau berkorban sesuatu (harta) yang kita sayangi kepada orang lain lebih elok daripada memberi  sesuatu (harta) yang paling tidak disukai orang lain tanpa mengungkit.
Dalam satu ayat Al-Quran surah Al-Baqarah:261 maksudnya:

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Dapat diulas daripada ayat tersebut, sesungguhnya membelanjakan harta pada jalan Allah seperti sedekah, amal jariah dan lain-lain yang digalakkan dalam islam akan dibalas dengan berlipat kali ganda daripada nilai yang asal. Jika nilai RM 10 terlalu besar untuk disedekahkan, memadailah dengan RM 1 bersedekah, asalkan hati itu ikhlas. InsyAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan