Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 19 November 2011

Kelebihan Ayat Kursi

Walaupun ayat Kursi ini tidaklah panjang dan senang untuk dihafal, namun disebalik ayat Kursi ini ternyata mempunyai kelebihan apabila ia-Nya di amalkan.
 ANTARA KELEBIHANNYA:
1. Daripada Anas Bin Malik R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Apabila seseorang daripada umatku membaca ayat kursi sebanyak 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjagaNya daripaada kejahatan syaitan dan darjatNya sama dengan orang yang membaca Al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat, ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni".
berkata Anas Bin Malik,
"Ya Rasulullah S.A.W, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasullullah S.A.W,
"Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari jumaat."
Daripada Anas Bin Malik R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
2.Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah akan mewakili 2 malaikat sepanjang tidurnya sehingga ke pagi.
3.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas selesai solat fardhu, maka Allah akan mengampunkan dosanya.

Rumusan yang dapat dibuat adalah, bertapa besar-Nya kelebihan ayat Kursi yang diturunkan oleh Allah, jika ia diamalkan.
"RENUNG-RENUNGKANLAH, DAN SELAMAT BERAMAL"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan