Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Isnin, 28 November 2011
Betul Ke Apa Yang Aku Nampak Malam Tu???
Apa yang aku nampak sebenarnya? Aku dah lama nak ceritakan tapi baru sekarang rasa nak tulis dalam blog. Pada malam semasa membuat rakaman untuk video pembunuhan bagi kumpulan Uda & Dara, rasanya pada malam jumaat. Video tersebut dilakukan di belakang pejabat kolej. Kolej mana, aku tak nak bagitahu. Semasa permulaan, aku merakam kawan aku punya lakonan, lepas siap untuk babak tersebut, aku bukalah nak tengok video yang aku rakam tu, masa tu, tinggal aku seorang saja dekat tangga belakang pejabat tu. Semua kawan-kawan yang lain, duduk berjauhan dari aku sedikit. Semasa aku tengok video tu, tiba-tiba aku rasa macam nak pandang ke arah tasik belakang pejabat kolej tu, tiba-tiba,terus aku terpandang, entah, betul ke tak apa yang aku nampak malam tu, berdiri bulu roma aku. Kau orang pun boleh fikirkan apa yang aku nampak? Seram! tapi aku tak cerita pun kat kawan aku, cuma aku bagitahu yang aku rasa seram sejuk je malam tu, lepas siap video tu baru aku begitahu kat dia orang apa yang aku nampak. Kalaulah sempat aku rakam!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan