Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 31 Oktober 2011

Perkara Yang Tak Boleh Di Lupakan

Banyak perkara yang Aku tak boleh lupakan sepanjang hidup Aku, tapi yang paling tak boleh dilupakan betul-betul, apabila mata kail, tahu tak mata kail tu? Alah... yang di gunakan untuk memancing tu, bentuk dia macam huruf "J". tulah di panggil mata kail.hehehe, yang Aku tak boleh lupa mengenai mata kail ni kerana, mula-mula Aku nak belajar memancing, Aku pinjamlah joran kawan Aku punya, maklumlah sebab tak mampu lagi nak beli masa tu, lau memancing pun guna buluh atau pakai tin je, bila dah jumpa joran yang pakai enjin tu, mulalah tangan gatal nak pinjam. Lepas Aku pinjam joran tu, Aku dan kawan-kawan yang lain terus ke sungai berdekatan dengan rumah Aku. Sebab terlalu ingin mencuba joran yang Aku pinjam dari kawan tu tanpa meminta bantuan cara mengunakan joran tersebut, Aku baling je mata kail yang ada umpan ke dalam sungai, tapi!!! Tapi apa??? Kau orang nak tahu apa yang berlaku? Mata kail yang aku baling tu, terkena atas mata, Mata apa? Mata ikan, mata buaya, mata udang? Bukan, tapi atas mata aku sendiri,mata kail tu, betul-betul terlekat atas mata Aku, dekat kening mata, Aku tak sedar langsung, ingat mata kail tadi dah jatuh dalam sungai bila di campak. Peh!!! bukan main sakit lagilah masa tu, siap berdarah lagi. Aku mulalah risau, macam-macam dah aku fikir masa tu, takut kena marah kat ayah aku, takut kena bedah dan "inject" kat doktor, macam-macam lagilah. kemudiannya, kawan Aku terpandang Aku, terus kawan-kawan yang lain mendapatkan Aku yang tengah kesakitan sebab perkara tu, dia orang bercadang nak bawa Aku pergi Klinik, namun Aku menolak sebab takut pada perkara yang Aku fikirkan tulah. Dah tak ada cara lain ke, selain bawa Aku ke Klinik? Aku bertanya kawan Aku. Kemudian Seorang kawan Aku terus mencapai "player" yang ada di motosikal, dan meminta untuk potong mata kail yang terlekat pada kening Aku tadi. Nasib baiklah mata kail yang hujung tu, tak terbenam dalam isi dekat kening Aku, lau tak, memang dah tak ada cara lainlah, terpaksa di bawa ke klinik.Kemudiannya, kawan Aku tadi potonglah hujung mata kail tadi, masa nak buang tu, bukan main sakit lagi, tapi Aku tahan saja kesakitan tu. Aku betul-betul bernasib baik sebab dapat tanggalkan mata kail tadi, darah makin laju keluar, Aku terus mencapai kain, dan menutup dengan tapak tangan aku, kemudian Aku pulang ke rumah, sapu minyak gamat, tak lama kemudian, darah mula berhenti, tapi bengkak sebab kesan terkena mata kail tu kat kening Aku, nasib baiklah pandai "cover" depan ayah Aku, lau tak, memang kenalah!!! kena kutuk? taklah kena marahlah,hehehe, Padam muka, gatal tangan sangat nak memancing. Ini makan dia.
Itulah perkara yang Aku tak boleh lupakan.

Rabu, 19 Oktober 2011

My Life About J (BBK 3408)

Menjawab soalan Dr. Notts mengenai siapa jasper, john dan jonah.

Jasper kemungkinan kawan baik Dr. Notts, iaitu seorang yang berbangsa kulit hitam dan Dr. Notts sering kali meminta bantuan Jasper supaya menjaga pejabatnya.

Manakala, John dan Jonah adalah orang yang sama. John digelar oleh Dr. Notts sebagai Jonah kerana Dr. Notts tidak mahu dilihat seorang yang mengada-gada. Panggilan Jonah kepada John oleh Dr. Notts sudah terbiasa, dan dikatakan John akur dengan panggilan tersebut iaitu Jonah.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kijang Tersungkur di Pantai Timur Angkara Penyu?

Tahun ini, 2011, "The Red Warriors" selaku juara piala Malaysia 2010, tidak dapat memburu piala Malaysia dek tersungkur di kaki penyu. Apabila 2 negeri berbisa di pantai timur bertembung, masing-masing menggunakan serangan berbisa untuk menempah ke tempat separuh akhir dalam piala Malaysia. Namun, sesuatu yang tidak dijangka oleh semua pihak, termasuk penyokong Kelantan sendiri, kerana juara piala Malaysia terlebih awal disingkir sebelum memasuki separuh akhir. Kekalahan Kelantan kepada Terengganu dengan agregat 2-5 sangat mengecewakan penyokong Kelantan. Walaupun Kelantan masih memburu untuk merebut tempat memasuki separuh akhir, namun cukup sukar kerana, kelantan terlebih dahulu tewas ketika bermain di stadium Terengganu dengan agregat 1-3. Dengan kehilangan permain berbisa seperti Daudsu, Shahkir yang dilayankan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan di Terengganu telah mencacatkan startegi yang dilakukan oleh Dato Karathu. Semua ini diluar dugaan semua pihak. Adakah silap pemain yang kasar atau pengadil yang terlalu emosi sehinggakan 5 layanan kad merah dan 9 kad kuning dalam satu permainan? Tiada rekod FAM sebelum ini. Sama-samalah merenung dan menilai.

"GOMO KLATE GOMO"

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kebingungan

aku pelik betul dengan budak seorang ni, aku beritahu kat dia, kalau aku betul-betul tak ikhlas nak berkawan dengan dia, memang dah lama aku mempergunakan dia, lepas aku cakap macam tu, dia cakap dia silap dan terimalah kata-kata aku tu, lepas 2 or 3 hari, dia cakap aku memang tak ikhlas pulak dah kawan dengan dia..ish!!!tak faham aku. lau ada lagi perasaan marah tu, tak boleh nak buat apa dah, aku dah mintak maaf pun. aku nak tengok, lau terserempak dengan dia nanti, nak tengok muka dia macam mana, merah berapi tak, atau berasap tak kepala dia, maklumlah orang tengah marah, kih,kih,kih

PEACE FOR WORLD...

Bergambar Bersama Kumpulan Uda Dan Dara

kerjasama

lari-lari kejut perut

buli ke ni?

pengsan?

buat apa tu?

menakjubkan

no parking!!!

gelak sampai nak terkencing

ada gaya

tak tahu ke mana


silaunya!!!

keriangan

yak boktam! terjatuh sudah

Selasa, 11 Oktober 2011

KeBuntuan

Mengapa dan kenapa Aku terjerat dalam permainan dunia? Bagaimana Aku nak perjelaskan semua ini. Nak salahkan Muka Buku, tapi Aku yang silap. Sebenarnya, Aku ingatkan kawan macam biasa-biasa yang pernah Aku kenal saja, tapi...
Kalaulah Aku tahu dari awal semua ini berlaku,
 Aku tak akan ... ah!!! (Buntu).


BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIARLAH PADA YANG SATU.

Teman Sejati

seandainya kamu bertemu seseorang yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebaikan,
menyimpan keaibanmu atas nama keikhlasan,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
dia bukanlah seorang kawan,
tapi TEMAN SEJATI.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerink!Kerink!Kerink!

Semalam,tepat pukul 12 malam, aku tiba-tiba je terasa ingin menelefon ayahku yang berada di kampung, dah lama rasanya tidak mendengar suaranya, rindu,em maklumlah hampir 2 minggu, nasib baiklah ayahku masih belum tidur lau pun dah pukul 12 tengah malam. Lega rasanya hatiku bila dapat bercakap dengan ayah, walaupun tidak melihat wajahnya, tapi bila dapat bercakap melalui telefon dah rasa macam hilang seribu masalah dan bebanan atas aku. Aku bertanya khabar ayahku, alhamdulillah ayah masih diberi kesihatan olehNYA. Aku menyampaikan berita, bahawa dalam 2 atau 3 minggu lagi, aku akan balik ke kampung, ayah gembira mendengarnya, membuatkan aku tidak sabar untuk terus pulang ke kampung, mencium tapak tangannya, dan menziarahi kubur arwah ibuku. Namun, Tiap kali aku pulang ke rumah, bagaikan kesunyian menyelubungi setelah pemergian ibu. Walau apapun, Terima kasih ayah dan arwah ibuku atas pergorbanan mu membesarkan anakmu. walaupun pemergian ibu sudah mencecah setahun lebih, tapi, aku rasakan bagaikan semalam pemergianmu.

kerinduan menghimpitku

Ya Allah, bertapa beratNya ujian yang kau berikan kepada hamba, setiap malam, setiap kali hambamu dalam kesunyian, berderai air mata tidak dapat menahan sebak ini, bila mengingatkan arwah ibuku, disaat ibu berada di hospital, aku tidak melepaskan peluang yang ada itu bersamanya, tetapi aku masih lagi terasa yang aku ini tidak memberi apa-apa balasan sebagai seorang anak kepada ibunya yang terlantar sakit. kini rindu aku bagai tak tertahan kepadanya, tapi apakan daya, aku mengerti bahawa yang sudah pergi, tak akan kembali. Tiada siapa yang dapat memahami perasaan dan diriku. Setiap malam, aku sering mengharapkan bermimpi berjumpa dengan ibu, tapi sejak akhir-akhir ini, mimpi yang aku harapkan itu, tidak muncul. Apa salahku sebenarnya? Megapa dulu aku tidak mengucapkan di depan ibu yang "aku sayang padanya", kenapa baru sekarang, setelah ibu telah tiada?

Selasa, 4 Oktober 2011

Contohi Kerjasama Semut

Rasa teruja dan kagum apabila aku melihat sekumpulan semut berkejaran sesama mereka ke suatu sudut. apabila lama di perhatikan,baru aku megetahui ke mana sekumpulan semut yang berkejaran itu tadi bergerak. Rupanya ada sesuatu yang telah menanti sekumpulan semut tadi, aku memerhati secebis kek terjatuh di celah kaki kerusi yang aku duduki, semua semut tadi telah berkumpul antara mereka itu, mungkin berbincang sesuatu, manalah aku ketahui, setiap mahkluk Allah boleh berkomunikasi antara merekakan? Cuma kita sahaja yang tidak memahami. Berbalik kepada sekumpulan semut tadi, pada mulanya hanya seekor sahaja daripada sekumpulan semut semacam ingin cuba mengangkat secebis kek itu, tapi tidak berdaya. Setelah hampir 15 minit aku memerhatikan, secebis kek tadi telah di angkat oleh sekumpulan semut itu, lebih kurang 20 ekor dalam kumpulan semut itu, kemudian terus di bawa secebis kek tadi oleh sekumpulan semut. yang membuatkan aku teruja dan kagum adalah kerjasama semut-semut tadi megangkat secebis kek tadi yang sebesar ibu jari yang pada mulanya ingin diangkat oleh seekor semut sahaja.

peribahasa yang sesuai adalah BERAT SAMA DIPIKUL YANG RINGAN SAMA DIJINJING.

Ahad, 2 Oktober 2011

Kehidupan Manusia

Ada yang membuat perbandingan hidup manusia ibarat matahari, terbitnya fajar, meniti waktu, menyinari bumi, menanti waktu senja melabuhkan tirainya

Tidak kurang juga, hidup manusia ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

hidup manusia juga ibarat seperti baja, air kepada pohon-pohon memerlukannya.

tapi bagi aku, hidup manusia harus ketiga-tiga itu, apabila kita sudah tiada, akan di kenang sampai bila-bila sebagai tanda diri kita di hargai.

asalnya kita dari bayi, kembali kita menjadi bayi  iaitu perasaan dan karenah apabila kita berusia.