Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Sabtu, 8 Oktober 2011
kerinduan menghimpitku
Ya Allah, bertapa beratNya ujian yang kau berikan kepada hamba, setiap malam, setiap kali hambamu dalam kesunyian, berderai air mata tidak dapat menahan sebak ini, bila mengingatkan arwah ibuku, disaat ibu berada di hospital, aku tidak melepaskan peluang yang ada itu bersamanya, tetapi aku masih lagi terasa yang aku ini tidak memberi apa-apa balasan sebagai seorang anak kepada ibunya yang terlantar sakit. kini rindu aku bagai tak tertahan kepadanya, tapi apakan daya, aku mengerti bahawa yang sudah pergi, tak akan kembali. Tiada siapa yang dapat memahami perasaan dan diriku. Setiap malam, aku sering mengharapkan bermimpi berjumpa dengan ibu, tapi sejak akhir-akhir ini, mimpi yang aku harapkan itu, tidak muncul. Apa salahku sebenarnya? Megapa dulu aku tidak mengucapkan di depan ibu yang "aku sayang padanya", kenapa baru sekarang, setelah ibu telah tiada?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam ziarah....
BalasPadamSangat terkilan bila insan yang paling kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tanpa sempat kita membalas jasanya.Saya memahami perasaan saudara saat ini kerana saya juga pernah kehilangan insan yang paling saya sayang. Harap saudara bersabar....Ujian Allah datang dalam berbagai2 bentuk. Ingatlah suatu perkara....Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita jika kita tidak mampu menghadapinya, DIA tahu tahap kekuatan kita....:)
Dari sahabat kepada sahabat
terima kasih..nampaknya kita berdua berhadapan nasib yang sama.InsyAllah.
BalasPadam