Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 31 Oktober 2011

Perkara Yang Tak Boleh Di Lupakan

Banyak perkara yang Aku tak boleh lupakan sepanjang hidup Aku, tapi yang paling tak boleh dilupakan betul-betul, apabila mata kail, tahu tak mata kail tu? Alah... yang di gunakan untuk memancing tu, bentuk dia macam huruf "J". tulah di panggil mata kail.hehehe, yang Aku tak boleh lupa mengenai mata kail ni kerana, mula-mula Aku nak belajar memancing, Aku pinjamlah joran kawan Aku punya, maklumlah sebab tak mampu lagi nak beli masa tu, lau memancing pun guna buluh atau pakai tin je, bila dah jumpa joran yang pakai enjin tu, mulalah tangan gatal nak pinjam. Lepas Aku pinjam joran tu, Aku dan kawan-kawan yang lain terus ke sungai berdekatan dengan rumah Aku. Sebab terlalu ingin mencuba joran yang Aku pinjam dari kawan tu tanpa meminta bantuan cara mengunakan joran tersebut, Aku baling je mata kail yang ada umpan ke dalam sungai, tapi!!! Tapi apa??? Kau orang nak tahu apa yang berlaku? Mata kail yang aku baling tu, terkena atas mata, Mata apa? Mata ikan, mata buaya, mata udang? Bukan, tapi atas mata aku sendiri,mata kail tu, betul-betul terlekat atas mata Aku, dekat kening mata, Aku tak sedar langsung, ingat mata kail tadi dah jatuh dalam sungai bila di campak. Peh!!! bukan main sakit lagilah masa tu, siap berdarah lagi. Aku mulalah risau, macam-macam dah aku fikir masa tu, takut kena marah kat ayah aku, takut kena bedah dan "inject" kat doktor, macam-macam lagilah. kemudiannya, kawan Aku terpandang Aku, terus kawan-kawan yang lain mendapatkan Aku yang tengah kesakitan sebab perkara tu, dia orang bercadang nak bawa Aku pergi Klinik, namun Aku menolak sebab takut pada perkara yang Aku fikirkan tulah. Dah tak ada cara lain ke, selain bawa Aku ke Klinik? Aku bertanya kawan Aku. Kemudian Seorang kawan Aku terus mencapai "player" yang ada di motosikal, dan meminta untuk potong mata kail yang terlekat pada kening Aku tadi. Nasib baiklah mata kail yang hujung tu, tak terbenam dalam isi dekat kening Aku, lau tak, memang dah tak ada cara lainlah, terpaksa di bawa ke klinik.Kemudiannya, kawan Aku tadi potonglah hujung mata kail tadi, masa nak buang tu, bukan main sakit lagi, tapi Aku tahan saja kesakitan tu. Aku betul-betul bernasib baik sebab dapat tanggalkan mata kail tadi, darah makin laju keluar, Aku terus mencapai kain, dan menutup dengan tapak tangan aku, kemudian Aku pulang ke rumah, sapu minyak gamat, tak lama kemudian, darah mula berhenti, tapi bengkak sebab kesan terkena mata kail tu kat kening Aku, nasib baiklah pandai "cover" depan ayah Aku, lau tak, memang kenalah!!! kena kutuk? taklah kena marahlah,hehehe, Padam muka, gatal tangan sangat nak memancing. Ini makan dia.
Itulah perkara yang Aku tak boleh lupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan