Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kijang Tersungkur di Pantai Timur Angkara Penyu?

Tahun ini, 2011, "The Red Warriors" selaku juara piala Malaysia 2010, tidak dapat memburu piala Malaysia dek tersungkur di kaki penyu. Apabila 2 negeri berbisa di pantai timur bertembung, masing-masing menggunakan serangan berbisa untuk menempah ke tempat separuh akhir dalam piala Malaysia. Namun, sesuatu yang tidak dijangka oleh semua pihak, termasuk penyokong Kelantan sendiri, kerana juara piala Malaysia terlebih awal disingkir sebelum memasuki separuh akhir. Kekalahan Kelantan kepada Terengganu dengan agregat 2-5 sangat mengecewakan penyokong Kelantan. Walaupun Kelantan masih memburu untuk merebut tempat memasuki separuh akhir, namun cukup sukar kerana, kelantan terlebih dahulu tewas ketika bermain di stadium Terengganu dengan agregat 1-3. Dengan kehilangan permain berbisa seperti Daudsu, Shahkir yang dilayankan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan di Terengganu telah mencacatkan startegi yang dilakukan oleh Dato Karathu. Semua ini diluar dugaan semua pihak. Adakah silap pemain yang kasar atau pengadil yang terlalu emosi sehinggakan 5 layanan kad merah dan 9 kad kuning dalam satu permainan? Tiada rekod FAM sebelum ini. Sama-samalah merenung dan menilai.

"GOMO KLATE GOMO"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan