Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerink!Kerink!Kerink!

Semalam,tepat pukul 12 malam, aku tiba-tiba je terasa ingin menelefon ayahku yang berada di kampung, dah lama rasanya tidak mendengar suaranya, rindu,em maklumlah hampir 2 minggu, nasib baiklah ayahku masih belum tidur lau pun dah pukul 12 tengah malam. Lega rasanya hatiku bila dapat bercakap dengan ayah, walaupun tidak melihat wajahnya, tapi bila dapat bercakap melalui telefon dah rasa macam hilang seribu masalah dan bebanan atas aku. Aku bertanya khabar ayahku, alhamdulillah ayah masih diberi kesihatan olehNYA. Aku menyampaikan berita, bahawa dalam 2 atau 3 minggu lagi, aku akan balik ke kampung, ayah gembira mendengarnya, membuatkan aku tidak sabar untuk terus pulang ke kampung, mencium tapak tangannya, dan menziarahi kubur arwah ibuku. Namun, Tiap kali aku pulang ke rumah, bagaikan kesunyian menyelubungi setelah pemergian ibu. Walau apapun, Terima kasih ayah dan arwah ibuku atas pergorbanan mu membesarkan anakmu. walaupun pemergian ibu sudah mencecah setahun lebih, tapi, aku rasakan bagaikan semalam pemergianmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan