Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 5 Januari 2014

2013 ke 2014

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah memasuki hari ke 5 menjejak kaki tahun 2014, bersyukur diberi segala nikmat lagi untuk hamba-Mu ini nikmati dan menurut ajaran dan meninggalkan larangan-Mu dengan apa yang Mu sediakan buat diriku. Sebelum aku bercoret, sama-sama kita sedekah al-fatihah buat sahabat bernama Mohd Alias merupakan pelajar UPM dari FPP yang meninggal dunia pada hari khamis yang lepas. Sesungguhnya ajal tak mengenal usia, walaupun aku bukan seorang sahabat yang rapat dan hanya sempat mengenali beliau semasa 'event' MTSR, namun, kehilangannya cukup dirasai. Semoga roh-Nya aman dan tenang di sana. Al-Fatihah.

Sambung kembali dengan kisah aku, nampaknya coretan untuk 2013 sudah habis, kini coretan 2014 pula. Sebelum menutup tirai kisah-kisah 2013, aku nak 'flash back' (kata orang putih) kisah-kisah itu. Namun tidak semua kisahlah, cuma kisah yang betul-betul meletak dalam kotak fikiran aku je. Mula-mula sekali kisah aku menjadi guru ganti di SMK Seri Tasik, bunyinya macam best je kan. Memang best pun sebab tu untuk kali ke-2 aku jadi guru ganti kat sekolah tu. Ingatkan murid-murid dah tak kenal dengan aku, tapi ada lagi yang kenal, syukurlah, penangan aku dulu mula-mula jadi guru ganti melekat dalam memori dia orang, hehehe. Sampai ada murid-murid yang menangis-nangis bila majlis perpisahan aku, itu kisah mula-mula jadi cikgu ganti, tapi untuk kali ke-2, dah tak buat majlis perpisahan dah, 'maybe' bajet tak cukup kot, hehehe, tak adalah, sebab 'last' tarikh aku ganti tu, murid-murid terlibat dengan sukan, sebab tulah majlis tu tak sempat nak diadakan. Sepanjang aku jadi guru ganti, murid-murid suka dengan aku, terutama murid perempuan. Siap nak bersalam lagi bila habis sekolah, alahai terharu betul, kah,kah,kah. Aku mengajar budak pendidikan khas bukan budak normal, tapi budak-budak ni 'best' sebab dia suka berterus-terang. Nak tahu kenapa budak-budak ni suka dengan aku, sebabnya, muka aku nampak comel, hensem tak macam abang aku (ini bukan aku yang cakap tau, tapi budak-budak tu sendiri), 'maybe' aku kulit cerah kot berbanding dengan abang aku tu. Comel dan hensemlah sangat!!! ke-2, aku ni tak garang, tak macam abang aku, serius dan garang je, nak bergurau pun tak boleh kata, tapi ada juga yang budak nakal makan lempang dan penyepak aku, tapi dia orang tak kisah pun, kenapa ya? Sebab aku pakai pendekatan aku sendiri. Hehehehe. 2 sebab jelah aku bagitahu kat sini, lau nak cerita, nanti makin panjang. Tapi yang paling bestnya, adalah anak murid aku ni, mula-mula tak suka dengan aku, anak murid perempuan, cina pula tu. Mula-mula aku mengajar dia subjek pendidikan moral, dia buat muka dengan aku, dan tak dengar aku cakap, maklumlah dia ni jenis 'sindrom down' tapi tak teruk sangat, sebab boleh menulis dan bercakap, tiap kali aku mengajar, macam biasalah, dia buat muka. Aku pun gunalah pendekatan aku, caranya berbuat baik dengan dia dan pakai 'smart'. Sebab budak-budak macam ni, suka tengok cikgu 'smart' dan 'lawa'. Aku tak sesekali pun marah dia, tak sampai 2 minggu, peh! berkesan pendekatan aku tu, siap bagi kek coklat dengan bunga lagi dan minta maaf dengan aku. Hahahaha. Nasib baiklah tak diadakan majlis perpisahan, kalau tak, masa majlis perpisahan, lagi sekali peristiwa dipeluk oleh anak murid kot, cukuplah peristiwa dikejar masa balik sekolah oleh bekas anak murid aku yang dulu, trauma aku! Hahaha.

ok kisah seterusnya, aku akan sambung nanti, baca yang ni dulu, nanti panjang sangat baca, berbulu biji mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan