Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 15 Disember 2013

"Monggek"

Apa istilah "monggek"? "Monggek" dimaksudkan ialah memonceng motosikal bersama pasangan. Sebelum aku berceloteh, aku memohon maaf jika ada yang terasa dengan celoteh aku ini, bukan bermaksud tujukan kepada sesiapa, hanya peringatan kepada diri aku sendiri. Ini kisah diri aku dengan istilah ini, lebih kurang 3 tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang budak perempuan, dipendekkan ceritanya, bila dah lama kenal, budak ini ajak aku keluar pergi KB, tapi aku cakap dekat dia, kalau nak keluar dan jumpa aku, naiklah bas pergi KB, tapi dia degil, suruh aku pergi ambil dia dengan motor, hati mula terdetik, tak kan nak "monggek" dengan dia kot,dlam waktu yang sama, keinginan tu ada, tapi istilah "monggek" dengan perempuan tak pernah wujud dalam diri aku pun sebelum ni. Aku cari alasan lain cuba mengelak. Macam-macam alasan. tapi semuanya tak menjadi. Entah macam mana, aku terlepas cakap, 'boleh'. Haiya! mampus aku, dah telajak perahu boleh diundur, telajak kata, ni makannya. Bila dah aku cakap macam tu, dia pun set masa dan tempat, esok petang, ambil dia tempat yang dia beritahu. Aku dah tak dapat mengelak lagi dah. Esoknya, lepas makan tengah hari, aku rasa dah tak sedap dah, sebab terlepas cakap macam tu kemarin. Aku pandang ke arah awan, nampak macam nak hujan, aku mintak supaya hujan cepat-cepat, agar tak tercalit istilah itu dalam diri aku. Bila dah lama tunggu, tak hujan juga, aku rasa serba salah, aku mesej la dekat budak tu, aku tanya dengan dia, jadi ke? Harapan aku masa tu, agar dia balas "tak jadi", namun sebaliknya. Dia mesej suruh ambil pukul 2 petang lebih, aku tak siap apa-apa pun. Aku pun balaslah 'ok' aku suruh dia tunggu. Aku pun bersiap-siap mandi dan solat, lama jugalah sebab aku berharap, petang tu akan hujan. bila dah siap semuanya, tapi masih tak hujan juga, hanya awan gelap je, aku masih melengahkan masa, tapi dengan takdir Allah, bila aku nak keluar dari rumah tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, Ya Allah, kau yang maha berkuasa dan maha melindungi. Aku cepat-cepat hantar mesej dekat budak tu, aku tak dapat pergi sebab hujan, dia balas 'tak apa, lain kali'. Bila dah dia hantar mesej macam tu, aku tak balas mesej dia. Aku tak peduli dah dengan ayat last dia tu. Huh! lega betul aku sebab tak jadi keluar "monggek" dengan budak tu.
Ini cerita yang kedua pula, pada istilah yang sama, betul-betul menguji aku, cerita ni, berlaku masa aku belajar dekat UPM, kawan-kawan aku ni, mungkin nak main-mainkan aku. Kami dalam satu kumpulan, 2 orang laki termasuk aku, dan yang lainnya perempuan dalam 3 or 4 orang, nak dijadikan cerita, kami disuruh ambil gambar sebab tugasan dalam kumpulan, pendekkan cerita, kawan-kawan aku semua dah berkumpul, cuma aku lambat sampai sedikit, bila aku sampai dekat dengan dia orang, tiba-tiba ada yang cakap, motor tak cukup, nak pergi ambil gambar, jadi kenalah tumpang.2 orang ini tak ada motor, jadi terpaksa bonceng dengan aku sorang kawan aku yang laki tu sorang,  ku pun cakap, boleh je, tapi aku bonceng dengan kawan aku yang lelaki tu, salah seorang kena memandu motor aku tu, tapi boleh pula yang dia orang cakap,  yang tak ada motor tu, tak pandai memandu, jadi nak tak nak, akulah kena bonceng salah seorang perempuan tu.aku tak tahu pun 2 orang perempuan kawan aku ni tak pndai memandu motor, Ceh! betul-betul menduga aku, aku pun cakaplah, aku rela jalan kaki sama-sama, asalkan tak bonceng motor dengan aku. Lepas tu, boleh pula dia orang gelakkan aku, rupa-rupanya dia orang memang nak kenakan aku dah, tapi aku tak pasti idea siapa, Huh! Lega aku bila benda ini betul-betul mainan dia orang, sesungguhnya,Ya Allah, kau yang Maha Melindungi.

INGAT! AKU KENA PASTIKAN AKU TAK BONCENG MANA-MANA PEREMPUAN BUKAN MUHRIM AKU, AKU MINTAK DIJAUHKAN DARI SEMUA TU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan