Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Isnin, 6 Januari 2014
last kisah sambungan 2013 ke 2014
ni 'last' peristiwa 2013 aku nak cerita, nak cerita berkaitan dengan budak tu, aku nak cerita sedikit je, sebagai penutup 2013, hahaha. Apa kisahnya? kisahnya begini, dia ni selalu je hantar mesej nak tanya soalan, katanya sebab aku yang cipta persoalan tersebut, hahaha. Memang! Memang aku saja cipta soalan tanpa jawapan, sebab nak suruh orang tu fikir sendiri jawapannya, sebab setiap orang berfikir, lain cara mentafsirnya, aku nak tengoklah, kena tak dengan jawapan aku sebenar. Hem, kenalah juga cara dia beri jawapan kepada persoalan aku tu, maknanya, buat apa aku nak jawab lagikan, sebab tulah, mesej dia hantar banyak aku tak balas, tapi nak jimat kredit, maklumlah aku ni bukan orang berkerjaya, hahahaha. Akhirnya, dia dah 'give up' kot asyik tanya soalan sama tapi aku tak balas, 'last-last' tutup cerita, alhamdulillah lega rasanya :-P . Harapan aku, agar dia dah tak tanya aku lagi dah, biar kena dengan apa yang dia cakap tu, hehehehe. Ha!!! Jangan risaulah kalau anda takut orang baca kisah ni, sebab tak ada nama anda pun, lagi pun dah memang namanya BLOG, tempat menaip bagi meluahkan apa yang bermain difikiran aku, jadi, jangan kata nak suruh aku padam post-post aku ye, hahahahaha. Ada aku kisah? Ok! Memandangkan dah masuk 2014, aku nak ubah perkataan 'aku' kepada perkataan 'ambo', untuk membahasakan diri aku, ni satu identiti aku sebagai anak jati kelate. Last sekali, jika ada terkasar bahasa, tersilap tindakan dari ambo, ambo nak minta maaf ya, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kepada yang 'wish besday' ambo tahun 2013, nantikan coretan ambo untuk tahun 2014 ni di 'post' akan datang. Terima kasih juga yang 'follow' blog ambo, baru ada 64 orang, sama ada 'follower' baca tak hak ambo update, tu lain cerita, Terima kasih dan jumpa lagi.
Ahad, 5 Januari 2014
kisah ke-3 2013 ke 2014
kisah ke-3, ni kisah aku dapat tawaran sambung belajar dekat
upm balik, aku bukan nak cerita kisah dapat tawaran tu, tapi nak cerita masa hari
konvo junior aku. Ha! Aku ingatkan dah tak dapat hadir majlis konvo junior aku
ni, rupanya dapat juga, sempatlah bagi bunga-bunga dekat dia orang, hanya yang
terpilih sahaja yang dapat bunga, sebagai tanda ucapan tahniah atas kejayaan
dia orang. Cyeehh!!! Bangga tak dengar ayat tu yang dapat bunga dari aku tu?
Walaupun bunga tu nilai harganya tak seberapa, tapi bukan nilai menjadi ukuran
ya, Hehehehe. Nak jadikan cerita, masa majlis konvo tu, hari hujan, basah
kuyuplah jawabnya, aku beli 4 kuntum bunga, tiga kuntum bunga aku bagi dekat
dia orang betul-betul keluar pintu dewan, tapi yang sekuntum bunga ni, belum
bertuan, alahai bunga, nasib baik hari tu hari hujan, kalau harinya panas,
layulah kau aku rasa. Punyalah susah nak cari budak ni sorang, nak bagi hadiah
je kot sebagai tanda tahniah, boleh pula dia lari bila Nampak aku masa depan
pintu keluar dewan tu, bukan nak bagi cincin suruh kawin dengan aku pun,
hahaha, gurau je. Puas aku cari si budak ni, sampai basah baju dengan seluar
dan kasut sekali, dalam hati aku berkata, kalau bunga ni rezeki dia sebagai
tanda tahniah, mesti jumpa juga, tapi tak jumpa-jumpa, ‘last-last’ aku suruh
adik aku ‘kol’ dia, Tanya duk dekat mana, nasib baiklah dia bagitahu duk dekat
mana, dapatlah bagi hadiah yang tak berharga mana tu, tapi boleh pula dia buat
muka ketat depan aku, maybe sebab depan mak sedara dia kot, hahahaha. Aku
terpandang juga dekat mak sedara dia, nasib baik mak sedara dia senyum je, tak
marah dan tak kata apa-apa, mak sedara dia pun faham kot, hari konvo, tak
peliklah kalau lelaki bagi hadiahkan, sebagai seorang kawan, tapi dia je buat
muka ketat dengan aku, hahahaha. Ada aku kisah??? Aku pun blah cam tu jelah, aku
lupa, dia berterima kasih ke tak ya masa tu, emm.. maybe berterima kasih kot,
fikir positif jelah :-P , tup-tup dia mesej, mesej tu rahsialah, tak kan nak
cerita dekat sini kot, nanti tak pasal-pasal dia baca coretan aku ni,
‘last-last’ kena ‘sound’ lagi. Hahahaha. Tahniahlah buat junior-junior aku yang
konvo tahun 2013 tu, semoga kejayaan yang dikecapi itu, membawa kepada rezeki
yang barakah. Ha! Dengar cerita, dia ni dah dapat kerja dah pun, ‘fresh
graduat’ dah dapat kerja, hebatlah, Alhamdulillah itu namanya rezeki Allah,
Tahniah ye! :-P kepada tuan empunya diri tu, mohon terasalah, hahahaha… Ok tq,
sampai di sini dulu, sambung peristiwa 2013 seterusnya, maybe ada kaitan dengan
budak yang dibicarakan di atas tu. Kalau anda tak suka kisah anda tertulis dan
dibaca di sini, harap boleh keluar dari blog ni. (ayat macai) Hahahahaha, gurau
je, peace yooo….
sambungan 2013 ke 2014
Ok kisah ke-2, masa bulan puasa pula, sepanjang bulan puasa, dah 2 tahun tiap kali sahur, mesti aku dan adik aku kena bangun awal-awal pagi, maklumlah ibu aku dah tak ada, panaskan lauk dan sediakan makan sahur untuk ayah dan abang-abang aku, alhamdulillah, tahun lepas bersahur tak penah tertinggal, tak cam tahun sebelum tu, tertinggal sahur, sebab sedar-sedar dah azan subuh, riuh jugalah, hahaha. Masa berbuka pula, aku dengan adik akulah yang masak, kadang-kadang aku buat-buat tidur, maklumlah penat balik dari kerja pukul 4 ptg, kena masuk dapur siapkan juadah berbuka puasa sebab ayah aku tak suka makan lauk yang dibeli dekat kedai, hadoi, nasiblah! Sapa yang jadi menantu perempuan dia nanti, kena ingatlah ye, ayah aku tak suka lauk dibeli dekat kedai, hahahaha. Menu dia paling suka, ikan siakap tiga rasa, ikan atau ayam percik dengan daging masak kurma. Peh! tinggikan cita rasa ayah aku ni, hahaha. Nak masak tak susah pun, sebab aku main campak je bahan-bahannya. Boleh pulak menambah nasi kalau lauk aku masak bahan-bahannya main campak je, hahaha. Begitulah sepanjang ramadhan tahun 2013. 2 hari nak masuk raya, mesti dekat rumah aku buat 'tapai pulut' bungkus dengan daun getah, ni warisan dari arwah mak aku lagi, kemudian disambung oleh abang sulung aku. Ha! bukan calang-calang orang boleh buat tapai pulut tau, kalau tak percaya, cubalah, nak tengok jadi macam mana tapai tu, masak ke tak, bertukar warna lain ke tak, hehehe. Nak di kisahkan, abang aku ni buatlah tapai, bila sampai masa nak bungkus tapai, aku masuk tidur awal, dah nak bungkus pukul 11 malam, sapa larat, nak kena bangun sahur lagi? terpaksalah adik aku dengan abang sulong yang bungkus tapai tu, siap membebel lagi adik aku, hahahaha, siap-siap pukul dekat dengan 2 pagi kot bungkus tapai, hehehe. Disebabkan itu, aku kena bangun sorang siapkan makan sahur, Waaaa.... kes aniaya, tapi tak apalah nak buat cam mana kan. Ha, nak tahu hasil tapai yang adik aku bungkus tu, masak dan manis lagi tapi berair, sebabnya masa dia bungkus tapai tu, dia membebel sangat dekat aku, hahaha, yang abang aku buat, ok je, ingat! nak buat tapai dari awal sampai siap, kena ada pantang dia juga. Menjelang hari raya, kehilangan seorang ibu sangat dirasai
oleh aku dan keluarga yang lain, aku tak nak cerita panjang, nanti meleleh air
mata lak.
Ok sampai disini kisah untuk kali ini, kisah seterusnya
sepanjang 2013 akan menyusur.
2013 ke 2014
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah memasuki hari ke 5 menjejak kaki tahun 2014, bersyukur diberi segala nikmat lagi untuk hamba-Mu ini nikmati dan menurut ajaran dan meninggalkan larangan-Mu dengan apa yang Mu sediakan buat diriku. Sebelum aku bercoret, sama-sama kita sedekah al-fatihah buat sahabat bernama Mohd Alias merupakan pelajar UPM dari FPP yang meninggal dunia pada hari khamis yang lepas. Sesungguhnya ajal tak mengenal usia, walaupun aku bukan seorang sahabat yang rapat dan hanya sempat mengenali beliau semasa 'event' MTSR, namun, kehilangannya cukup dirasai. Semoga roh-Nya aman dan tenang di sana. Al-Fatihah.
Sambung kembali dengan kisah aku, nampaknya coretan untuk 2013 sudah habis, kini coretan 2014 pula. Sebelum menutup tirai kisah-kisah 2013, aku nak 'flash back' (kata orang putih) kisah-kisah itu. Namun tidak semua kisahlah, cuma kisah yang betul-betul meletak dalam kotak fikiran aku je. Mula-mula sekali kisah aku menjadi guru ganti di SMK Seri Tasik, bunyinya macam best je kan. Memang best pun sebab tu untuk kali ke-2 aku jadi guru ganti kat sekolah tu. Ingatkan murid-murid dah tak kenal dengan aku, tapi ada lagi yang kenal, syukurlah, penangan aku dulu mula-mula jadi guru ganti melekat dalam memori dia orang, hehehe. Sampai ada murid-murid yang menangis-nangis bila majlis perpisahan aku, itu kisah mula-mula jadi cikgu ganti, tapi untuk kali ke-2, dah tak buat majlis perpisahan dah, 'maybe' bajet tak cukup kot, hehehe, tak adalah, sebab 'last' tarikh aku ganti tu, murid-murid terlibat dengan sukan, sebab tulah majlis tu tak sempat nak diadakan. Sepanjang aku jadi guru ganti, murid-murid suka dengan aku, terutama murid perempuan. Siap nak bersalam lagi bila habis sekolah, alahai terharu betul, kah,kah,kah. Aku mengajar budak pendidikan khas bukan budak normal, tapi budak-budak ni 'best' sebab dia suka berterus-terang. Nak tahu kenapa budak-budak ni suka dengan aku, sebabnya, muka aku nampak comel, hensem tak macam abang aku (ini bukan aku yang cakap tau, tapi budak-budak tu sendiri), 'maybe' aku kulit cerah kot berbanding dengan abang aku tu. Comel dan hensemlah sangat!!! ke-2, aku ni tak garang, tak macam abang aku, serius dan garang je, nak bergurau pun tak boleh kata, tapi ada juga yang budak nakal makan lempang dan penyepak aku, tapi dia orang tak kisah pun, kenapa ya? Sebab aku pakai pendekatan aku sendiri. Hehehehe. 2 sebab jelah aku bagitahu kat sini, lau nak cerita, nanti makin panjang. Tapi yang paling bestnya, adalah anak murid aku ni, mula-mula tak suka dengan aku, anak murid perempuan, cina pula tu. Mula-mula aku mengajar dia subjek pendidikan moral, dia buat muka dengan aku, dan tak dengar aku cakap, maklumlah dia ni jenis 'sindrom down' tapi tak teruk sangat, sebab boleh menulis dan bercakap, tiap kali aku mengajar, macam biasalah, dia buat muka. Aku pun gunalah pendekatan aku, caranya berbuat baik dengan dia dan pakai 'smart'. Sebab budak-budak macam ni, suka tengok cikgu 'smart' dan 'lawa'. Aku tak sesekali pun marah dia, tak sampai 2 minggu, peh! berkesan pendekatan aku tu, siap bagi kek coklat dengan bunga lagi dan minta maaf dengan aku. Hahahaha. Nasib baiklah tak diadakan majlis perpisahan, kalau tak, masa majlis perpisahan, lagi sekali peristiwa dipeluk oleh anak murid kot, cukuplah peristiwa dikejar masa balik sekolah oleh bekas anak murid aku yang dulu, trauma aku! Hahaha.
ok kisah seterusnya, aku akan sambung nanti, baca yang ni dulu, nanti panjang sangat baca, berbulu biji mata.

Langgan:
Catatan (Atom)