Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 6 Januari 2014

last kisah sambungan 2013 ke 2014

ni 'last' peristiwa 2013 aku nak cerita, nak cerita berkaitan dengan budak tu, aku nak cerita sedikit je, sebagai penutup 2013, hahaha. Apa kisahnya? kisahnya begini, dia ni selalu je hantar mesej nak tanya soalan, katanya sebab aku yang cipta persoalan tersebut, hahaha. Memang! Memang aku saja cipta soalan tanpa jawapan, sebab nak suruh orang tu fikir sendiri jawapannya, sebab setiap orang berfikir, lain cara mentafsirnya, aku nak tengoklah, kena tak dengan jawapan aku sebenar. Hem, kenalah juga cara dia beri jawapan kepada persoalan aku tu, maknanya, buat apa aku nak jawab lagikan, sebab tulah, mesej dia hantar banyak aku tak balas, tapi nak jimat kredit, maklumlah aku ni bukan orang berkerjaya, hahahaha. Akhirnya, dia dah 'give up' kot asyik tanya soalan sama tapi aku tak balas, 'last-last' tutup cerita, alhamdulillah lega rasanya :-P . Harapan aku, agar dia dah tak tanya aku lagi dah, biar kena dengan apa yang dia cakap tu, hehehehe. Ha!!! Jangan risaulah kalau anda takut orang baca kisah ni, sebab tak ada nama anda pun, lagi pun dah memang namanya BLOG, tempat menaip bagi meluahkan apa yang bermain difikiran aku, jadi, jangan kata nak suruh aku padam post-post aku ye, hahahahaha. Ada aku kisah? Ok! Memandangkan dah masuk 2014, aku nak ubah perkataan 'aku' kepada perkataan 'ambo', untuk membahasakan diri aku, ni satu identiti aku sebagai anak jati kelate. Last sekali, jika ada terkasar bahasa, tersilap tindakan dari ambo, ambo nak minta maaf ya, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kepada yang 'wish besday' ambo tahun 2013, nantikan coretan ambo untuk tahun 2014 ni di 'post' akan datang. Terima kasih juga yang 'follow' blog ambo, baru ada 64 orang, sama ada 'follower' baca tak hak ambo update, tu lain cerita, Terima kasih dan jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan