Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Sabtu, 14 Disember 2013
Perkhabaran Baik Pada Hari Jumaat
Alhamdulillah, setiap hari jumaat, aku pasti memperoleh perkhabaran yang baik, semalam pihak KPT telah menghantar maklum balas kepada aku berkenan permohonan biasiswa KPT iaitu KPT menanggung yuran pengajian aku pada peringkat aku langkah sekarang ini. Aku dah selangkah kaki ke peringkat ini, dan aku tidak sesekali mengundur ke belakang walau apa cabaran dan halangan terpaksa aku tempuhi sebelum dan selepas ini. Alhamdulillah, keputusan itu tidak mengecewakan aku, dan aku layak dalam tawaran tersebut. Tapi buat masa sekarang ini, aku masih dalam dilema kerana satu lagi keputusan aku masih menunggu. Aku takut bila menerima tawaran ini, keputusan yang aku tunggu itu adakah kemungkinan akan menjelaskan atau membatalkan secara automatik keputusan yang aku tunggu itu? Apa keputusan yang bakal aku tunggu tersebut? Aku tak nak bercerita disini, sebab dalam keadaan samar-samar, aku berserah dengan-Nya. Tapi apabila dibaca pada syarat-syarat penerima biasiswa ini, ia menampakkan ketidak layakan aku dalam menunggu keputusan yang satu lagi jika aku berjaya. Inilah yang membuatkan aku keliru. Apa-apa pun keputusan yang akan aku buat, aku mesti menghubungi pihak KPT untuk mendapatkan khidmat nasihat yang jelas tentang perkara ini, jika tidak, salah satu terpaksa akan aku korban.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan