Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 10 Disember 2013

SEMUT HITAM DAN BATU GELAP

Semut hitam dan batu gelap? Apa yang ingin dibicarakan sebenarnya? Ini hanya satu perumpamaan, perumpaman tentang keikhlasan. Keikhlasan seperti seekor semut hitam yang berada di atas sebongkah batu  besar yang gelap sifatnya atau hitam dengan kata lainnya. Bertapa sukarnya ingin melihat keikhlasan. Tapi manusia bila berbicara atau menolong seseorang akan tertuturnya 'ikhlas dari saya'? Adakah ikhlas itu dapat digambarkan dengan tuturan semata-mata? Sedangkan Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui seperti mana saya bercoret disini, adakah ikhlas? adakah untuk membuatkan orang membaca dan memuji? adakah wujudnya sifat riak bila mana kita menulis lantas mendapat pujian dari orang lain? Sebenarnya memang sukar untuk mengukur keikhlasan diri sendiri apatah keikhlasan dari orang lain. seperti juga menuturkan kemaafan, apakah hanya satu tuturan dari mulut, bukannya hadir dari hati sebagai satu keikhlasan betul-betul kita memaafkan seseorang? Memang menuturkan kemaafan teramat senang, tapi untuk hadirkan dalam hati memaafkan seseorang amat sukar sekali, kerana kita bergelora dengan perasaan, iaitu sifat amarah. sampai disini dulu, akan kembali lagi,TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan