Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Isnin, 15 April 2013
Keracunan makanan
Huh! Sedih betul hari ni, pagi masa rehat makan dekat kantin sekolah, memang kenalah. Rupa-rupanya makan nasi goreng nak basi dah. Bukan aku je kena, 2 3 orang guru, ppm dan pelajar-pelajar pun kena sekali. Bila ditanya, makan apa? Makan nasi goreng dekat kantin juga. Memang mula-mula makan dah rasa dah, tapi tak syak pun nasi goreng tu dah nak basi sebab sebelum ni, kebanyakan lauk-pauk hampir tiap-tiap hari berbau yang tidak enak, tapi hentam juga, dah tak ada tempat lain nak makan. Macam mana boleh syak tu, mula-mula kena dekat budak aku. Muntah-muntah, habis seluar kena muntah, dahlah masa tu, aku yang mengajar budak tu, memang kenalah. Terpaksalah aku tolong tukarkan pakaian dia ganti dengan seluar dan baju lain. Aku ingatkan muntah-muntah biasa je, berapa minit kemudian, pelajar lain pula muntah. Bila ditanya, makan apa, rupanya nasi goreng dekat kantin. Terkejut aku, aku pun makan juga, tapi tak rasa lagi, sebab keracunan makanan ni, 4 jam lepas makan baru ada tindak balas. Semasa guru bertugas nak bawa budak-budak ni pergi klinik untuk rawatan, tiba-tiba salah seorang guru bertugas tersebut mula dah sakit perut. Maklumlah, dia makan pukul 8 pg lagi. Bermakna cukuplah 4 jam untuk tindak balas sebab masa tu dekat pukul 12 tengah hari. Bila dengar macam tu, aku lekas-lekas cari air isotonik, cepat-cepat aku minum sebab dah mula rasa loya dan pening-pening dah. Aku ingat minum air tadi kira dah ok, Lepas hampir 4 jam, dah mula rasa sakit perut, memang kenalah. Mahu tak ulang ke tandas 4 5 kali. Aku terus ambil tindakan selanjutnya, cari ubat dalam 'first aid'. Jumpalah pil chi kit teck, terus aku makan. Alhamdulillah tahan dah cirit-birit tu, tapi lepas 1 jam makan, aku termuntah pula, habis keluar semua makanan yang aku makan pagi tu, mungkin tindak balas dari pil yang aku makan tersebut. Alhamdulillah, lepas keluar semua tu, aku rasa ok dah. Fuh! memang tak dapat nak terimalah, kalau nak menjual, lain kali janganlah nasi yang nak basi atau lauk-pauk yang dah lama di masak balik dengan menukar ke masakan lain. Contohnya, sup tulang tak habis, kemudian pergi gulai pulak. Jimat betul. Lain kali janganlah masak banyak kalau nak jual, biar tak cukup, asalkan tak membazir bro - "ayat tak puas hati bila terkena dekat aku sendiri" hehehehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan