Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 13 April 2013

Hari Keusahawanan SMK Seri Tasik 2013

Hari keusahawanan memang best, tetapi memenatkan sedikit. Mana tidaknya, program ni dilaksanakan hari minggu, sabtu pulak tu. Tapi memang bagus pun sebab tak menganggu P&P sekolahkan. Program ini bermula jam 7.30 pg hingga jam 1.30 tgh hari. Macam-macam aktiviti dan jualan boleh dilihat dan dinikmati antaranya karaoke, main basikal, rumah hantu, dan lain-lain lagilah. Budak-budak aku niaga juga ya, termasuk guru-guru turut mengambil bahagian. Gerai kami menjual kentang goreng, air kotak, roti john, hamlet dan macam-macam lagilah. Aku melibatkan diri di bahagian masak. Goreng kentang memang akulah, tapi gilir-gilir juga dengan cikgu-cikgu lain. Kalau aku seorang, memang tak dapat nak merasalah hari keusahawanan di sekolah tersebut. Sambil bergoreng-goreng sempat juga aku megular, hehehe. Puaslah duk kat api dan minyak panas je. Sempat juga masuk rumah hantu. Apa punya hantulah, main pegang-pegang bahu, hantu perempuan lak tu, kalau aku buat-buat terkejut dan peluk, aku rasa hantu tu yang takut dengan aku kot. Hahahaha, yang jadi toyol lak, main pegang pinggan aku. Aku tak takutlah, nasib baiklah aku tak terajang je toyol tu kalau tak masuk hospitallah jawabnya. Lepas tu, aku main basikal lak, naik free je, ambil kesempatan atas gelaran guru, sepatutnya kena bayar. HEhehe, bila lagi nak rasa yang free kan. Tapi sakit uratlah, sebab lama tak berkayuhkan. Ha!!! yang paling best, acara karaoke. Memang aku trylah, malu-malu jugalah, maklumlah depan orang ramaikan. Tapi aku bawa lagu, bukan solo, tapi berduet, hehehehe. Berduet dengan budak perempuan. Cyehh!!! Ambil kesempatan lagi. Hehehehe. Saja je suka-suka, nak lepas angin budak-budakkan. Budak perempuan tu yang pilih lagu, tajuknya 'memori berkasih'- Achik dan Nana. Boleh tahan juga suara budak tu, tapi suara aku tak best mana pun, hehehe, saja je nak suka-suka.  Masa aku nyanyi, aku perasan pakwe dia duk rakam aku dengan awek dia tengah nyanyi. Terus tak ada mood nak nyanyi, hahahaha. Tak adalah gurau je, memang aku dah perasan dah sebelum nyanyi lagi, pakwe dia tengok kat aku, tak kan jelous kot, cikgu cuma duet nyanyi je, cikgu tak hensem pun. Jangan risau, hahahahaha. Em yang terharunya, satu pun aku tak ambil gambar masa program tadi berlangsung. Sedihkan. Baca jelah ye, hehehehe. Ok, selamat ketemu lagi. Ta,ta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan