Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Jumaat, 19 April 2013

Harus Lariii!!!!!!!

Hahahaha, rasa nak gelak besar pula hari ni, mana taknya, masa aku nak balik sekolah tadi, dikejar oleh bekas anak murid aku yang dulu. Aku ingatkan dia dah tak kenal dah aku sebab dah 4 tahun dah kan. Rupa-rupanya masih cam aku. Kantoi. Bila tengok je dia, aku dah mula rasa tak sedap hati dah, sebab teringat masa majlis perpisahan aku masa jadi guru ganti dulu. Memang pengalaman aku yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Kenapa? Haruslah, bekas anak murid aku ni perempuan, budak pendidikan khas juga. Masa majlis perpisahan aku dulu, dia terkam aku, peluk dan menangis siap. Alahai, kenapalah nak emosi sangat, malu aku. Nasib baiklah aku tak terjatuh, cepat-cepat cikgu-cikgu lain tarik budak tu. Masa tu, tak dapat nak di ceritakan macam mana, merah muka-muka tahan malu dengan cikgu-cikgu lain. Hadoiii!!! Aku ingatkan itu 'last' aku jumpa dengan budak tu hari perpisahan tu. Rupa-rupanya ada lagi dia dekat sekolah tu sebab dia kerja dekat kantin sekolah. Mula-mula aku tak cam pun dia. Bila diberitahu oleh guru-guru budak tu masih ada dekat situ, dah mula risau dah, takut-takut jadi macam hari perpisahan tu. Tapi yang aku takut-takut tu bakal menanti akulah. Mahu taknya! tadi masa aku nak keluar dari bilik guru ternampak budak tu. Rupanya dia duduk tunggu aku balik sekolah betul-betul depan bilik guru. Terkejut aku. Cepat-cepat aku pikul beg dan bawa buku RHP naik ke pejabat. Fuh! Masa tu dia dah 'follow' dah aku, siap nak cubit pipi aku. Haiya!!! Bikin malu ma... Nasib baik sempat elak. Lepas aku hantar buku RPH dan punch kad nak bilik, aku turunlah ikut tangga pejabat. Alamak, rupa-rupanya dia dah tunggu muka tangga nak turun. Nasib baik cikgu Fahmi sempat beritahu aku yang budak tu ada dekat situ. Katanya 'tolonglah cari tangga lain turun' Hahaha. Cepat-cepat aku cari tangga lain turun dengan harapan budak tu tak nampak. Masa aku turun tangga lain tu, aku intai-intai juga budak tu dekat tangga pejabat sana, nasib baik dia tak nampak. Aku jalan 'slow-slow' lah dengan hati yang lega sebab dapat lari dari budak tu, sekali aku pandang belakang balik. Nampak dia berlari kejar aku. Ha!!!! Masa tu dah nak sampai pintu pagar keluar dah. Aku apa lagi, buka langkah besar-besar jalan laju-lajulah. Dah macam di kejar hantu lak. Sampai je pintu pagar sekolah, aku pun terus berlariiiiii... Dah tak menolek ikut belakang dah. Masa tu, budak-budak normal tengok aku, Ha!!! peduli apa aku, asalkan selamat dan tidak memalukan aku depan budak-budak normal dah, nanti dia orang fikir lain lak. Hahahaha. Jangan gelak sangat, minggu depan, dan hari-hari seterusnya macam mana??? Oh tidak! Trauma aku dibuatnya.

1 ulasan:

  1. amir, aku nak pengsan ketawa baca cerita kau ni, lawak sgt ok,, well, hot juga kau ni rupenyer.... mmg klakar lah !

    BalasPadam