Hari ini memenatkan sedikit, namun sangat berpuas hati. Apa tidaknya, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tgh hari bawa budak-budak melakukan aktiviti di luar iaitu 'lawatan muzium negara dan planetarium negara' oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik. Memang setiap bulan sekali, mereka mengadakan lawatan sambil belajar, maklumlah, peruntukan untuk mereka ni, sangat besar dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Bulan 5 ni, di khabarkan satu lagi lawatan ke Melaka. Fuh! memang best betol mereka ni kan. Berbalik kepada lawatan tadi, aku ditugaskan menjaga 3 orang murid, salah seorangnya menggunakan 'wheelchair' dan 2 orang lagi budak tak ada masalah apa-apa. Tepat jam 9.30 pg, kami sampai ke Planetarium Negara. Masa ini, budak-budak bawah aku ok lagi, tapi bila dah masuk dekat situ, 2 orang tadi dah berpecah, tinggal aku dengan seorang budak yang menggunakan 'wheelchair' tadi. Fuh! Berpeluh terpaksa angkat 'wheelchair' dia. Yang aku sedih, kemudahan untuk golongan OKU tak ada langsung dekat sini. Nasib baiklah, aku bawa sekali tongkat dia, kalau tak, matilah aku kena kendong dia, hehehehe. Em selepas selesai lawatan di Palanetarium Negara, kami turun balik ke bawah, kali ini, aku suruh budak pula bawak 'wheelchair' dia, sebab terpaksa pimpin budak ni. Sampai je dekat bawah, baru aku perasan, 2 daripada 3 orang budak aku tadi tak ada sekali. Menyumpah aku dalam hati. Terpaksalah naik tangga balik, penat betol tapi demi tanggungjawab aku memaksakan diri. Cari punya cari, jumpa juga budak 2 orang tu, rupanya mereka masih dalam Planetarium Negara lagi. Kalau ikutkan hati, mahu aku marah je mereka tu, tapi tulah, silap aku juga, sebab terlepas pandang. Nasib baiklah kamu 2 orang ni dengan aku kan, kalau kamu dengan cikgu Bibi, aku rasa, kamu dah masak di kerjakan, harus kena sawanlah kamu 2 orang ni. Hahahaha. Setelah semua berkumpul, jam pukul 11 pagi, budak-budak diberi makan nasi lemak sebelum menuju ke muzium negara pulak. Masa ini, 2 orang budak di bawah jagaan aku dah tak berani dah nak berpecah, asyik ikut je aku. Aku apa lagi, bagi dekat 2 orang nilah bawa 'willchair' tadi sebab lagi sekali nak turun tanggakan. Aku pula, kena pimpin budak tu sebab dia menggunakan tongkat. Nak jadikan cerita, tangga licin, jatuh budak tu, aku tak sempat nak sambut dia, dahlah aku terpijak pula tangan dia masa dia jatuh. Adoii!!! kesian betol dekat dia. Sudah jatuh di timpa tangga, tapi ni lain dah, dah jatuh, dipijak tangan pula, hehehehe. Maaf ye, cikgu tak sengaja. Sepanjang lawatan tu, aku jaga dia macam adik aku sendiri. Sampaikan masa nak balik selepas lawatan muzium negara, dia sempat menggunakan kreativitinya menghasilkan huruf "A". A tu maknanya untuk ckgu Amir lah, hehehe. Ops! dah penat dah bercerita, jom layan berapa keping gambar di bawah ni
|
Inilah tangga aku cerita tadi, tinggi dan curang, kemudahan untuk OKU tak ada langsung. |
|
baju kuning tu yang aku cerita naik 'wheelchair', anak buah aku la tu |
|
sempat lagi ambik gambar |
|
kereta antik dekat muzium negara |
|
jangan marah ye, nak bergambar kejap, hehehe |
|
tak cukup 1, ambik 1 lagilah, hehehe |
|
permulaan nak masuk ke muzium negara |
|
rangka manusia |
|
rangka manusia terawal |
|
kehidupan masyarakat orang asli |
|
candi borobodur katanya |
|
mata wang terawal di Tanah Melayu |
|
naskah Al-Quran zaman dahulu kala |
|
berkumpul tunggu bas nak balik |
|
nilah salah seorang dari 3 murid bawah jagaan aku, cute x? hehehe |
|
budak dekat atas tu, hasilkan huruf 'A' untuk ckgu Amir, mungkin sebab aku baik sangat dengan dia. masa nak balik tadi, dia salam dan cium tangan aku. Terharu betol |
sampai di sini dulu, jumpa lagi di tajuk seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan