Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Ahad, 25 Disember 2011
Peribahasa
Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih
Ragam Manusia
Ragam manusia. Macam-macam ada. Jika kita tak pandai dan mengambil peluang ketika berada di situasi tersebut, maka kita akan tewas? Betul ke? Sama-sama kita fikirkan. Setiap orang berlainan ragamnya sama ada ketika belajar atau di alam pekerjaan. Kebiasaannya, ragam ketika belajar itu terbawa-bawa ke alam pekerjaan tetapi tidak semua begitu. Alam ketika belajar tidak sama dengan alam pekerjaan. Di sebabkan itulah, ketika belajar kita di berikan tugasan dalam kumpulan untuk melihat sejauh mana komunikasi dan semangat kerjasama antara kumpulan. Ketika inilah pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang ingin jadi penumpang, ada yang termakan hati dengan ahli kumpulan. Sepatutnya semua yang negetif tersebut perlu dikikis dan di buang. Bukan apa, jika di alam belajar sudah termakan hati ahli kumpulan, bagaimana nak mengharungi di alam pekerjaan nanti? Di alam perkerjaan nanti pelbagai ragam kita akan temui. Takkan kita nak tawar hati dengan mereka, ketika kita berada di situasi tersebut. Disinilah kita perlu mencari peluang menunjukkan bahawa kita boleh berhadapan dengan mereka dan perlu pandai memainkan peranan. Jika kita melihat mereka tidak mahu bekerjasama, pandai-pandailah kita menegurnya. tapi ingat teguran pun ada batasannya . Iman syafie ada menyentuh mengenai teguran, "Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (bersemuka), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie.Sama-samalah kita renungankan. Berbalik kepada topik tadi, teringat kata-kata fasilitator saya, Encik Johardi ada menyebut "keputusan yang cemerlang walaupun mendapat kepujian dekan, tidak menentukan anda di alam pekerjaan, tetapi kemahiran bekerjasama dan berada dalam kumpulan sangat diperlukan. Jika kita tidak dapat berada di situasi tersebut, kita akan tewas". Betullah apa yang dikatakan Encik Johardi tersebut, disebabkan itulah kita diberi tugasan dalam kumpulan ketika belajar, supaya di alam pekerjaan nanti kita tidak berasa janggal dengan semua itu.
Untuk peringatan kepada diriku.
Untuk peringatan kepada diriku.
Sabtu, 24 Disember 2011
Pengalaman Saya Mengikuti Kelas Dr. Notts
Apa yang saya nak ceritakan ini mengenai pengalaman saya mengikuti kelas BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia yang diajar oleh Dr. Notts. Siapa Dr. Notts? Dr. Notts atau nama sebenarnya Dr. Normaliza Abd Rahim. Mesti kawan-kawan nak kenalkan siapa Dr. inikan? Jom kita lihat Dr. Notts dekat sini, http://aammwa.blogspot.com/ cuma klik je, nanti kawan-kawan akan mengenali orangnya. Berbalik kepada tajuk saya tadi. Apa yang saya nak ceritakan adalah pengalaman saya mengikuti kelas tersebut. Mula-mula kelas BBK 3408 Dr. Notts amat tegas orangnya, Dr. Notts nak semua pelajarnya memakai kasut, berpakaian kemas dan paling penting menepati masa. Kalau kelas pukul 10 pagi, sebelum pukul 10 pagi dah wajib semua ada dalam kelas. PEh! bagus betullah tindakan Dr. Notts ini. Kenapa saya cakap begitu, sebab boleh mendisplinkan diri saya dan kawan-kawan yang lain. Sebenarnya Dr. Notts ni seorang pensyarah yang mudah mesra dengan pelajar.Terima kasih Dr. Notts. Ha!!! ceritanya belum habis lagi. Jom sambung balik, bermulalah pengalaman kerja sastera dalam multimedia. Bunyi bestkan? permulaannya, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas ini dipecahkan kepada tujuh kumpulan, dan salah satu kumpulannya adalah Uda & Dara. Uda & Dara ini adalah kumpulan sayalah. Mula-mula kami diberi tugasan membuat peribahasa berdasarkan gambar yang menarik. Maklumlah sekarang ini, peribahasa/simpulan bahasa dah jarang digunakan, jadi jalan yang terbaik nak perkasakan kembali peribahasa/simpulan bahasa adalah dengan cara meletak gambar dan peribahasa yang sesuai dengan gambar. Contohnya dibawah ini
Gambar di atas adalah salah satu contoh peribahasa yang kumpulan kami hasilkan. Jom, baca lagi pengalaman saya mengikuti kelas Dr. Notts. Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan adalah menghasilkan video. Video pertama adalah mencari sebuah lagu dan hasilkan jalan cerita berdasarkan lagu itu. Peh! bukan main sukar lagi, pegang watak utama pula tu, tambah-tambah kena menyanyi pula, Adoi, susah juga. Bukan setakat susah di situ je, tapi susah juga nak edit video ni, rasa nak menangis pun ada juga, masa nak siap edit, macam-macam dugaan mendatang, video tak ada respon la masa nak "publish", perut laparlah dan macam-macam lagilah. Namun berkat usaha dan kerjasama daripada kumpulan kami dapat menyiapkan juga video tersebut. Bukan satu video ni je, tapi 6 video yang dihasilkan oleh kumpulan kami termasuklah dokumentari. Mesti kawan-kawan nak tengokkan video yang dihasilkan tersebut. Kawan-kawan bolehlah cari dalam Youtube, taip BBK3408 2011 dekat ruangan "search". Kalau nak tengok yang kumpulan saya taip BBK3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION. Hehehe, moga terhiburlah ya. Sambung lagi pengalaman saya ni, belum habis lagi. selain menghasilkan video, kami juga diberi tugasan menghasilkan e-majalah, blog, iklan dan website. kalau ada masa kunjungilah website saya ye, cuma klik disini je www.kasihnyasastera.veebly.com. Peh! macam "editor design". Itu adalah pengalaman dan kemahiran. Jangan ingat budak sastera hanya tahu sastera je, tetapi dengan pendedahan dan tunjuk ajar oleh Dr. Notts dalam multimedia ini, sedikit sebanyak memperoleh ilmu dalam IT ini. Ha!!! berbalik kepada edit video tadi, saya ada nak ceritalah sedikit. Bermula dengan kesukaran dan berakhir pun dengan kesukaran juga mengedit video ni. Video paling akhir adalah video mengenai dokumentari. Apa yang saya nak cerita disini semasa mengedit video ini. Pelbagai perasaan datang, nak marah, nak menangis, nak ketawa dan lain-lain. Perasaan nak menangis dan nak marah tu apabila siap edit video dan siap saja di "publish" tiba-tiba, video ini tak ada suara. Bisu terus. Sampaikan aku tak lalu nak makan risau video ni tak berjaya dihasilkan. Namun, berkat doa, semangat dan kerjasama daripada kawan-kawan kumpulan Uda & Dara akhirnya, video ini melalui proses edit semula dan berjaya di "publish". Perasaan gembira dan ketawa ketika inilah timbul, yang tak berselera nak makan tadi, dah kembali berselera balik. Alhamdulillah, Terima kasih kawan-kawanku dalam kumpulan Uda & dara, pengalaman ini takkan saya lupakan, dan tak lupa juga terima kasih kepada Dr. Notts yang memberi pendedahan yang baru kepada saya dan tunjuk ajar yang sangat berbaloi kepada saya dan kawan-kwan yang lain. Belum habis lagi terima kasih juga kepada Cik Hidayati Ismail sebagai "tutor" dalam subjek ini yang banyak juga memberi tunjuk ajar menghasilkan kalendar sendiri, website dan lain-lain. Jika saya ada terkasar bahasa atau apa-apa tindakan yang membuat kawan-kawan berkecil hati, saya memohon maaf. Sampai di sini saja. Lihatlah gambar-gambar di bawah sebagai tatapan kawan-kawan ketika saya mengikuti kelas ini. Saya akhiri dengan ucapan Assalamualaikum.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing |
Khamis, 22 Disember 2011
Penghayatan Perasaan dalam Lagu Warisan
Tersentuh hati ini apabila lagu ini diperdengar dalam kelas ketrampilan berbahasa semalam. Lagu ini diperdengar kepada pelajar-pelajar sebagai simbol penutup kelas ketrampilan berbahasa bagi semester ini yang diajar oleh Dr. Norazlina. Kelas ketrampilan berbahasa ini memang best dan tak pernah lagi aku merasai pelbagai perasaan dalam kelas ini, subjek ini memberi aku banyak ilmu dan pengalaman. Tambahan pula di ajar oleh Dr. Norazlina, dalam kelas tersebut juga, aku mempelajari banyak perkara. Keyakinan diri berucap dihadapan orang ramai, kemahiran dalam komunikasi dan lain-lain lagi. Memang Dr. Norazlina pandai membuka ruang kepada pelajar-pelajarnya untuk berkomunikasi dan melontarkan idea supaya pelajarnya kelihatan berkeyakinan. Namun, disebalik perasaan terhibur mengikuti kelas ini, ada juga masa membuatkan aku tersentuh hati mengingatkan orang yang aku sayangi. Apa yang membuatkan hati ini tersentuh adalah apabila ketika lagu ini dinyanyikan beramai-ramai dan ketika itu jugalah para pelajar perempuan bersalam-salaman bersama Dr. Norazlina. Ketika ini, tiba-tiba mataku mengalirkan air mata kesedihan. Apa yang membuatkan aku sedih adalah kerana teringatkan pelukan dan ciuman daripada ibuku yang sudah tiada. Oh ibu, kenapa kau pergi terlebih dahulu? Aku sering kali teringatkan wajah ibu.
"Sedarlah wahai Amir, ibumu telah tiada, kau takkan dapat membalas jasanya lagi, melainkan kau hanya mampu menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan doa-doa sebagai membalas jasa ibumu yang telah tiada itu".
Ibu, akanku buktikan kejayaan anakmu nanti seperti apa yang ibu harapkan. Terima kasih ibu.
"Sedarlah wahai Amir, ibumu telah tiada, kau takkan dapat membalas jasanya lagi, melainkan kau hanya mampu menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan doa-doa sebagai membalas jasa ibumu yang telah tiada itu".
Ibu, akanku buktikan kejayaan anakmu nanti seperti apa yang ibu harapkan. Terima kasih ibu.
Isnin, 19 Disember 2011
Semalam
Apa yang semalamnya? Hehehe, semalam aku bosan sangat duduk dalam bilik, entah nak buat apa, aku pun bukalah laptop aku. Tiba-tiba terlintas nak sambung buat cerpen yang dah aku taip sebelum ini, tapi separuh jalan je, fikir punya fikir, aku tidak teruskan juga menaip cerpen yang tak siap tu, tapi aku membuat cerpen dengan tajuk yang baru pula. Cerpen yang tak siap tadi, aku tinggalkan begitu sahaja. InsyAllah akan aku siapkan juga, tapi tak tahu bila. Ha! berbalik kepada tadi, cerpen yang aku buat yang baru semalam bertajuk "Suratan Kasih Ilahi". Ini merupakan cerpen aku yang ke-2, maklumlah yang pertama dulu, aku buat semester lepas. Lepas tu, terus aku tinggalkan begitu sahaja. Hehehehe. Cerpen bertajuk "Suratan Kasih Ilahi" berkisah tentang apa sebenarnya? Ha! tentu ada yang nak tahu, tapi aku tak nak bagitahu dekat sini, nanti tak best la pula, lagipun aku bukan pandai pun menulis cerpen ini, baru nak berjinak-jinak katakan. Ha!!! Yang ini aku nak cerita sedikit, masa aku tulis cerpen semalam, tiba-tiba ada satu mesej. Adoi!!! Mematahkan semangat aku betullah yang tengah duk syok menulis cerpen tadi, terus aku 'save' cerpen tadi dekat desktop aku. Sekarang tunggu masa nak edit je lagi. Nanti aku nak post dekat website aku. Nanti singgah-singgahlah dekat website sastera aku ea www.kasihnyasastera.weebly.com. Ok, terima kasih :-p
Ahad, 18 Disember 2011
JOM!!!
Jom???Nak pergi ke mana sebenarnya hari ni, Mines ke?Sogo ke?Bukan!!!Hari ini kita pergi melakukan dokumentari, merupakan video "last" untuk subjek BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia. Bunyi macam susah je. Insy-Allah, bersama berganding bahu, yang susah boleh menjadi senang. Buat kerja apa-apa pun jangan menjadi satu tertekan sudah, kalau kita "enjoy" sedikit takkan ada tekanan bila membuat apa perkara pun.
Khamis, 15 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
Peribahasa
Siapa yang makan cili, dia akan merasa pedas :-p
Ada Kisah
Saya dan Awak? bukan ke kata ganti diri. Jadi, kalau Aku nak guna pun tak salah, ini adalah blog Aku, tak ada kaitan dengan "orang tu". Aku ego ke, aku koya ke. Itu diri Aku. Kenalilah diri anda dulu ya. Hehehehe, ayat nak bagi "orang tu" yang selalu buat macam ni :-p :-p :-p Nak bagi tertekan sedikit. :-p
Sabtu, 10 Disember 2011
"ORANG TU"
apa sebenarnya ni? hahaha, nak bercerita sedikit. Bukan saya yang minta nak kelas sekali dengan 'orang tu' sem depan, tetapi dah kebetulan, nak buat macam mana. Saya ingatkan satu kelas saja, tapi dua sekali, hahahaha, kesiannya. Hem... sekarang dah tahu jawapannya, yang 'orang tu' nak tahu sangat, tapi saya tak bagitahu. Memang itu sikap saya, suka berahsia. Maaflah ea. ha!!! banyak benda yang orang tu tak kan faham pasal saya ni, tapi baik tak payah faham tak apa. Satu lagi, apalah yang 'orang tu' tak puas hati dengan saya lagi,kan dah minta maaf,ok, saya dah tak mengenakan awak lagi dah, tapi takut awak je yang tertunggu-tunggu dan akan bosan bila saya tak kenakan 'orang tu'. Hahahahaha.
Khamis, 8 Disember 2011
Langgan:
Catatan (Atom)