Tersentuh hati ini apabila lagu ini diperdengar dalam kelas ketrampilan berbahasa semalam. Lagu ini diperdengar kepada pelajar-pelajar sebagai simbol penutup kelas ketrampilan berbahasa bagi semester ini yang diajar oleh Dr. Norazlina. Kelas ketrampilan berbahasa ini memang best dan tak pernah lagi aku merasai pelbagai perasaan dalam kelas ini, subjek ini memberi aku banyak ilmu dan pengalaman. Tambahan pula di ajar oleh Dr. Norazlina, dalam kelas tersebut juga, aku mempelajari banyak perkara. Keyakinan diri berucap dihadapan orang ramai, kemahiran dalam komunikasi dan lain-lain lagi. Memang Dr. Norazlina pandai membuka ruang kepada pelajar-pelajarnya untuk berkomunikasi dan melontarkan idea supaya pelajarnya kelihatan berkeyakinan. Namun, disebalik perasaan terhibur mengikuti kelas ini, ada juga masa membuatkan aku tersentuh hati mengingatkan orang yang aku sayangi. Apa yang membuatkan hati ini tersentuh adalah apabila ketika lagu ini dinyanyikan beramai-ramai dan ketika itu jugalah para pelajar perempuan bersalam-salaman bersama Dr. Norazlina. Ketika ini, tiba-tiba mataku mengalirkan air mata kesedihan. Apa yang membuatkan aku sedih adalah kerana teringatkan pelukan dan ciuman daripada ibuku yang sudah tiada. Oh ibu, kenapa kau pergi terlebih dahulu? Aku sering kali teringatkan wajah ibu.
"Sedarlah wahai Amir, ibumu telah tiada, kau takkan dapat membalas jasanya lagi, melainkan kau hanya mampu menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan doa-doa sebagai membalas jasa ibumu yang telah tiada itu".
Ibu, akanku buktikan kejayaan anakmu nanti seperti apa yang ibu harapkan. Terima kasih ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan