Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 19 Disember 2011

Semalam

Apa yang semalamnya? Hehehe, semalam aku bosan sangat duduk dalam bilik, entah nak buat apa, aku pun bukalah laptop aku. Tiba-tiba terlintas nak sambung buat cerpen yang dah aku taip sebelum ini, tapi separuh jalan je, fikir punya fikir, aku tidak teruskan juga menaip cerpen yang tak siap tu, tapi aku membuat cerpen dengan tajuk yang baru pula. Cerpen yang tak siap tadi, aku tinggalkan begitu sahaja. InsyAllah akan aku siapkan juga, tapi tak tahu bila. Ha! berbalik kepada tadi, cerpen yang aku buat yang baru semalam bertajuk "Suratan Kasih Ilahi". Ini merupakan cerpen aku yang ke-2, maklumlah yang pertama dulu, aku buat semester lepas. Lepas tu, terus aku tinggalkan begitu sahaja. Hehehehe. Cerpen bertajuk "Suratan Kasih Ilahi" berkisah tentang apa sebenarnya? Ha! tentu ada yang nak tahu, tapi aku tak nak bagitahu dekat sini, nanti tak best la pula, lagipun aku bukan pandai pun menulis cerpen ini, baru nak berjinak-jinak katakan. Ha!!! Yang ini aku nak cerita sedikit, masa aku tulis cerpen semalam, tiba-tiba ada satu mesej. Adoi!!! Mematahkan semangat aku betullah yang tengah duk syok menulis cerpen tadi, terus aku 'save' cerpen tadi dekat desktop aku. Sekarang tunggu masa nak edit je lagi. Nanti aku nak post dekat website aku. Nanti singgah-singgahlah dekat website sastera aku ea www.kasihnyasastera.weebly.com. Ok, terima kasih :-p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan