Ragam manusia. Macam-macam ada. Jika kita tak pandai dan mengambil peluang ketika berada di situasi tersebut, maka kita akan tewas? Betul ke? Sama-sama kita fikirkan. Setiap orang berlainan ragamnya sama ada ketika belajar atau di alam pekerjaan. Kebiasaannya, ragam ketika belajar itu terbawa-bawa ke alam pekerjaan tetapi tidak semua begitu. Alam ketika belajar tidak sama dengan alam pekerjaan. Di sebabkan itulah, ketika belajar kita di berikan tugasan dalam kumpulan untuk melihat sejauh mana komunikasi dan semangat kerjasama antara kumpulan. Ketika inilah pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang ingin jadi penumpang, ada yang termakan hati dengan ahli kumpulan. Sepatutnya semua yang negetif tersebut perlu dikikis dan di buang. Bukan apa, jika di alam belajar sudah termakan hati ahli kumpulan, bagaimana nak mengharungi di alam pekerjaan nanti? Di alam perkerjaan nanti pelbagai ragam kita akan temui. Takkan kita nak tawar hati dengan mereka, ketika kita berada di situasi tersebut. Disinilah kita perlu mencari peluang menunjukkan bahawa kita boleh berhadapan dengan mereka dan perlu pandai memainkan peranan. Jika kita melihat mereka tidak mahu bekerjasama, pandai-pandailah kita menegurnya. tapi ingat teguran pun ada batasannya . Iman syafie ada menyentuh mengenai teguran, "Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (bersemuka), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie.Sama-samalah kita renungankan. Berbalik kepada topik tadi, teringat kata-kata fasilitator saya, Encik Johardi ada menyebut "keputusan yang cemerlang walaupun mendapat kepujian dekan, tidak menentukan anda di alam pekerjaan, tetapi kemahiran bekerjasama dan berada dalam kumpulan sangat diperlukan. Jika kita tidak dapat berada di situasi tersebut, kita akan tewas". Betullah apa yang dikatakan Encik Johardi tersebut, disebabkan itulah kita diberi tugasan dalam kumpulan ketika belajar, supaya di alam pekerjaan nanti kita tidak berasa janggal dengan semua itu.
Untuk peringatan kepada diriku.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam