Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Ahad, 31 Mac 2013
Perjalanan 8 jam sangat menduka citakan
Apa yang 8 jam? Sebenarnya nak cerita pasal perjalanan aku dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa 8 jam. Fuh! Agak lama sekali masa yang diambil. Mahu tidak mahu, terpaksa diharungi juga 8 jam perjalanan tersebut. Namun, ramai rakyat Kelantan tidak berpuas hati dan sering kali merungut. Bukan apa, dari KL ke Kelantan atau Kelantan ke KL perjalanan sangat menduka citakan kerana hampir semua jalan utama tersebut berlubang dan tidak rata. Ini boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecelakaan. Dah lama rakyat Kelantan menunggu, dan menunggu dan juga terus menunggu dengan pembinaan lebuh raya yang di gembar-gembur yang sekian lama tersebut. Mana pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini? Sebenarnya nasib rakyat Kelantan belum terbela lagi, seperti di anak tirikan, sedangkan lebuh raya Pantai Timur yang membelah negeri Terengganu rancak di jalankan, tapi lebuh raya negeri Kelantan masih dalam pembinaan di bibir saja dan menang dalam bicara rakyat yang tidak berpuas hati. Aku sarankan kalau pihak berwajib atau pucuk pimpinan negara nak buat lawatan ke Kelantan, naiklah kereta. Bukan apa, bolehlah melihat keindahan dan merasai keselesaan jalan raya yang di gunakan rakyat Kelantan sekian lama untuk pulang ke kampung halaman dari Ibu Kota. Sama-sama kita rasai keindahan dan keselesaan jalan raya tersebut.
Sabtu, 30 Mac 2013
seminggu cikgu seminggu cuti
Huh! seminggu aku jadi guru ganti dah macam-macam dah kena fikir. Nasib baiklah seminggu tu, minggu 'exam' budak-budak. Hari isnin aku lapor diri, tengok-tengok surat di pejabat sekolah tu dah ada nama aku, laju lak kerja dia orang ni. Kalau aku tak jadi lapor diri untuk jadi guru ganti, harus haru birulah kerani sekolah tu nanti, hahahaha. Em sepanjang seminggu, aku jaga budak-budak 'exam' je, dalam seminggu tu jugalah, kena siapkan rekod kehadiran budak-budak, maklumlah ganti guru kelas, banyaklah kerjanya. Pening juga nak kena siapkan rekod kehadiran budak untuk bulan Mac sebab aku tak belajar pon benda-benda tu, nasib baik ada cikgu sudi bagi tunjuk ajar. Alhamdulillah, dan seminggu tu juga kena tulis RPH, dan hari-hari seterusnya. Em seminggu mengajar, dah cuti sekolah lak seminggu, nasib baiklah. Tapi buka sekolah ni, harus penat sedikit, sebab kena kemas kini buku rekod budak-budak lak. Huh! nasib-nasib, bila agaknya nak habis tempoh guru ganti ni? hehehehe
Jumaat, 15 Mac 2013
dua berita gembira dalam seminggu
assalamualaikum, lama betul tak jenguk dalam blog ni, mesti ada yang tertunggu-tunggukan? hehehehe, perasan glamour demo, ini semua poyo! hahahaha. Apa berita yang mengembirakan minggu ni? 1. kemarin, aku ditawarkan oleh pengurus Tuisyen Al-Amin sendiri untuk menjadi cikgu tuisyen. Ceh! sebelum ni aku sendiri nak tawarkan diri, nak sangat jadi cikgu tuisyen dekat situ, belum sempat aku tawarkan diri, dah pun ditawarkan oleh pengurus tuisyen itu sendiri. Katanya, hantarlah 'resume' ringkas, berserta salinan spm, nanti saya pertimbangkan. Ceh, mestilah gembira dengar ayat macam tu kan. Tapi masalahnya berita yang ke 2 ni membuatkan aku terbantut untuk menghantar resume tersebut buat sementara waktu. Berita yang ke 2 ni, aku ditawarkan untuk menjadi guru ganti. Wah! lagi sekali jadi guru ganti, sekolah yang sama lak tu macam aku jadi guru ganti 4 tahun lepas. Peh! yang tak tahannya kena lapor diri hari isnin ni juga. Hadoi, kena berkejaran, ini yang masalah, tapi Alhamdulillah, Allah swt bagi rezeki, jadi, kena bersyukur dan manfaatlah rezeki yang diberikan itu, walaupun sehari demi sehari kita kehilangan nikmat-Nya. Ok, sampai di sini dulu, nantikan cerita saya jadi guru ganti lak, sekian, assalamualaikum.
Langgan:
Catatan (Atom)