Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Ahad, 31 Mac 2013
Perjalanan 8 jam sangat menduka citakan
Apa yang 8 jam? Sebenarnya nak cerita pasal perjalanan aku dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa 8 jam. Fuh! Agak lama sekali masa yang diambil. Mahu tidak mahu, terpaksa diharungi juga 8 jam perjalanan tersebut. Namun, ramai rakyat Kelantan tidak berpuas hati dan sering kali merungut. Bukan apa, dari KL ke Kelantan atau Kelantan ke KL perjalanan sangat menduka citakan kerana hampir semua jalan utama tersebut berlubang dan tidak rata. Ini boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecelakaan. Dah lama rakyat Kelantan menunggu, dan menunggu dan juga terus menunggu dengan pembinaan lebuh raya yang di gembar-gembur yang sekian lama tersebut. Mana pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini? Sebenarnya nasib rakyat Kelantan belum terbela lagi, seperti di anak tirikan, sedangkan lebuh raya Pantai Timur yang membelah negeri Terengganu rancak di jalankan, tapi lebuh raya negeri Kelantan masih dalam pembinaan di bibir saja dan menang dalam bicara rakyat yang tidak berpuas hati. Aku sarankan kalau pihak berwajib atau pucuk pimpinan negara nak buat lawatan ke Kelantan, naiklah kereta. Bukan apa, bolehlah melihat keindahan dan merasai keselesaan jalan raya yang di gunakan rakyat Kelantan sekian lama untuk pulang ke kampung halaman dari Ibu Kota. Sama-sama kita rasai keindahan dan keselesaan jalan raya tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan