Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Jumaat, 15 Mac 2013
dua berita gembira dalam seminggu
assalamualaikum, lama betul tak jenguk dalam blog ni, mesti ada yang tertunggu-tunggukan? hehehehe, perasan glamour demo, ini semua poyo! hahahaha. Apa berita yang mengembirakan minggu ni? 1. kemarin, aku ditawarkan oleh pengurus Tuisyen Al-Amin sendiri untuk menjadi cikgu tuisyen. Ceh! sebelum ni aku sendiri nak tawarkan diri, nak sangat jadi cikgu tuisyen dekat situ, belum sempat aku tawarkan diri, dah pun ditawarkan oleh pengurus tuisyen itu sendiri. Katanya, hantarlah 'resume' ringkas, berserta salinan spm, nanti saya pertimbangkan. Ceh, mestilah gembira dengar ayat macam tu kan. Tapi masalahnya berita yang ke 2 ni membuatkan aku terbantut untuk menghantar resume tersebut buat sementara waktu. Berita yang ke 2 ni, aku ditawarkan untuk menjadi guru ganti. Wah! lagi sekali jadi guru ganti, sekolah yang sama lak tu macam aku jadi guru ganti 4 tahun lepas. Peh! yang tak tahannya kena lapor diri hari isnin ni juga. Hadoi, kena berkejaran, ini yang masalah, tapi Alhamdulillah, Allah swt bagi rezeki, jadi, kena bersyukur dan manfaatlah rezeki yang diberikan itu, walaupun sehari demi sehari kita kehilangan nikmat-Nya. Ok, sampai di sini dulu, nantikan cerita saya jadi guru ganti lak, sekian, assalamualaikum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan