Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Selasa, 20 Mac 2012
Sambungan Pengalaman Aku Itu
Alhamdulillah masih berpeluang aku berkongsi pengalaman pahit aku itu. Sambungannya, selepas aku di bawa keluar dari hospital itu, dan di bawa pulang ke rumah. Lepas dua hari, pulang ke rumah, masih tiada perubahan, tetap sama, akhirnya, ayah aku membawa aku ke pengamal perubatan Islam. Kata orang, kita iktiar selagi kita mampu, dan seterusnya, hanya bertakwalah kepada-Nya. Ketika sampai di rumah pengamal perubatan Islam, aku di tanya bermacam-macam dan akhirnya di ubati dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kata pengamal tersebut, mungkin aku terkena sesuatu. Apa tu? Aku sendiri pun tak mengetahui. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Selepas 2 3 kali aku berulang alik ke rumah pengamal perubatan itu, Alhamdulillah dengan izin Allah swt, secara perlahan-lahan aku sembuh. Yang dulunya, aku tak boleh nak berjalan dan bangun,mengangkat gelas sebiji pun tak mampu, ketika aku berada di situasi itu. Nak bersolat pun dulu aku terpaksa duduk, tapi sekarang dah boleh dan kembali seperti sedia kala. Aku bersyukur sangat-sangat. Selepas daripada berlakunya peristiwa itu, aku sering kali bermimpi, sehinggalah kini, yang sebelum ini, mimpi itu tidak pernah datang dalam mimpiku. Mula-mula aku bermimpi, aku pernah menceritakan kepada arwah ibuku. Namun aku menganggap ia permainan tidur aku, tapi, sering kali datang, bukannya permainan tidur lagi. Mesti nak tahukan, apa yang sering kali aku bermimpi tu? Mohon kemaafan, aku tak dapat menceritakan mimpi itu dekat sini dan kepada orang-orang lain juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan