Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Ahad, 4 Mac 2012
Sambung Kenangan Pahit Aku di Bulan Februari
Doktor cakap nak ambil air tulang belakang aku sebab takut-takut ada kuman dah merebak di sebabkan penyakit aku tu. Doktor meminta persetujuan daripada aku, namun aku mendiamkan diri. Aku tahu, jika doktor ambil air tulang belakang aku, kemungkinan besar, aku akan lumpuh, dah ramai yang macam tu. Akhirnya, doktor meminta persetujuan daripada ayah aku sendiri. Dah tentu tak bagi punya. Ayah aku terus nak bawa balik aku dari Hospital tu apabila di khabarkan sedemikian. Namun, doktor itu akur. Doktor tu memberitahu, jika pak cik tak nak dia dilakukan sedemikian, doktor meminta keizinan untuk membuat rawatan yang terakhir penyakit aku tu dan terpaksa di tahan untuk seminggu lagi bagi menguji ubat yang akan di berikan nanti. Apabila mendengar perkhabaran itu, ayah aku pada mulanya nak bawa balik aku, namun di pujuk oleh doktor itu. Akhirnya aku terpaksa duduk lagi seminggu di hospital tersebut. Doktor telah mencuba ubat tersebut ke atas aku, 3, 4 jarum jugalah kena cucuk. Seingat aku, sekali cucuk, doktor tu cakap kosnya mencecah ratusan ringgit. Setelah seminggu ubat itu masuk ke dalam tubuh aku, tiada kesan apa-apa pun, sama macam seperti mula-mula aku kena dulu. Doktor pun naik hairan, dahlah punca penyakit tak dapat dikesan, ubat pun dah di cuba, tak berkesan juga, akhirnya, aku meminta untuk pulang ke rumah. Namun, doktor tersebut masih belum berpuas hati kerana aku tidak sembuh juga, tapi terpaksa membenarkan aku pulang ke rumah, namun Salah seorang doktor yang merawat aku, menasihatkan ayah aku apabila pulang ke rumah nanti, bawalah aku berubat cara kampung dan doktor itu memberi 1 alamat pengamal perubatan Islam yang di kenalinya itu. Lalu aku pun di bawa pulang ke rumah dengan keadaan seperti itu juga. Kos anggaran rawatan aku, mencecah rm 3000 atau lebih tak silap aku, alhamdulillah, ditanggung oleh UPM. Hem, mesti ada yang nak tahu, sama ada, ayah aku, membawa aku pergi tak tempat pengamal perubatan Islam yang diberikan oleh doktor tadikan? dan apa yang berlaku. Jadi, saya akan sambung cerita tersebut akan datang. Insya-Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saspens btol..xsabar nak tahu kisah selanjutnya.
BalasPadam