Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Jumaat, 14 September 2012

Perkahwinan Sahabat Baik 'diri ini'

Hari ini, 'diri ini' ingin memaparkan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika kawan 'diri ini' kawin dalam bulan syawal baru-baru ini. Tak banyak gambar yang diambil, maklum sahajalah, orang lain kamera canggih-canggih, malulah nak keluar kamera sendiri, hehehe. Tepat pada jangkaan, daripada 3 orang yang 'famous' masa tingkatan 6 dulu, termasuk 'diri ini', 'famous' pasal apa, hahaha, macam-macamlah. Akhirnya, beliau yang kawin dulu. Walaupun pendiam dan malu dengan perempuan, beliaulah juara, hahaha. Akad nikah pun sekali lafaz je, 'diri ini' mesti menuntut ilmu ni daripada beliau, hehehe. Patutlah orang cakap, diam-diam ubi berisi, hahahaha. Sebelum ini pun, cikgu-cikgu ada cakap, beliaulah yang paling cepat kawin daripada kami bertiga, hehehe, masin mulut cikgu-cikgu, rasa nak pergi tanya pula cikgu-cikgu dekat sekolah sana, sapa pula antara 'diri ini' dan seorang lagi daripada 3 serangkai ini kawin dulu, hahaha. Kawan 'diri ini' yang kawin ni, masih lagi belajar dan berada di tahun akhir di USM. Isteri beliau pun sama, masih belajar. Apa-apa pun 'diri ini' mendoakan semoga beliau dan pasangannya diberkati dan dirahmati hubungan mereka hingga akhir akhirat, Amin. Jom tengok gambar mereka. 

menyarungkan cincin perkahwinan, pasangan yang secocok

bahagia semacam je pengantin baru ni, hehehe

wah! cium tangan, nak dapat berkat dari suami

apa yang bermain di fikiran tu, hehehe

keluarga pengantin perempuan dan lelaki

inilah 3 serangkai yang di gelar cikgu-cikgu kami
habis dah, haish, kejap je, 'diri ini' berhajat nak upload video akad nikah, tapi kerana masalah teknikal, harap maaf kepada peminat blog 'diri ini'. Siapa pula selepas beliau nanti, hehehe, sama-sama kita tunggu dan lihat hanya tinggal 2 orang lagi daripada 3 serangkai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan