Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 15 September 2012

Mencuba Resepi di Bulan Ramadhan

Memandangkan bulan puasa baru-baru ini 'diri ini' bercuti dan berada di rumah setelah berpenat lelah menuntut ilmu, 'diri ini' cubalah nak jadi 'chef ' selama yang mungkin, hehehe. Sudah ditakdirkan, nak buat macam mana. memandangkan bulan puasa, mestilah nak makan yang sedap-sedapkan, jadi 'diri ini' cubalah beberapa resepi yang 'diri ini' dah nak cuba, tapi tak ada masa je, jadi, bulan puasalah yang terbaik, kalau manis ke, masin ke, orang yang makan komen, bolehlah jawab, 'NI KAN BULAN PUASA, NAK CUBA RASA MACAM MANA', hahahahaha, memang dah set dalam kepala jawab macam tu, hehehe. Nak tahu tak, resepi  apa yang 'diri ini' cuba? Siakap tiga rasa, siakap masak stim, kari ikan tenggiri dan macam-macam lagilah, hehehe. Mula-mula cuba, memanglah kurang menjadi, kecuali siakap tiga rasa je. Mahu taknya, hari ni masak, esok ayah 'diri ini' pergi cari pula ikan siakap, siap beli yang besar punya, hahaha, suka makan siakap tiga rasa la tu kot, bukan suka makan masakan 'diri ini', hehehe. Siakap masak stim ni, 'diri ini' cuba juga, tapi terlebih air sudah, walaupun terlebih air, habis juga, sampaikan menjilat jari siap tambah pula nasi dua tiga pinggan. Hahahaha, puas hati dan suka rasa, kalau kita masak, orang makan dengan banyak walaupun penat memasak lepas balik dari kerja. Oklah, cukup di sini sahaja, 'diri ini' nak berkongsilah gambar yang sempat diambil selepas masak iaitu ikan siakap masak tiga rasa dan ikan siakap masak stim, nanti 'diri ini' berkongsi resepi buat peminat blog 'diri ini', silalah tengok di bawah ye ;-)

ikan siakap masak stim 'terlebih air',hehehe

ni pula, ikan siakap tiga rasa
dua je gambar sempat 'diri ini' upload, siapa-siapa nak cuba, nanti 'diri ini' bagi resepi di kemudian hari, yum,yuumm, yuuummm...yuuuummmm...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan