Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 31 Januari 2012

cerita bekerja hari ini

Apa punya tajuk dah, hehehehe. Aku nak bercerita kisah aku bekerja hari ini, kerja aku cuma "follow abang aku memasang penyaman udara, nak jadikan cerita, penyaman udara yang di pasang dekat tuisyen selama 2 hari tu, tup2, tak boleh nak "on. Dah guna alat kawalan jauh dah, tapi tak pasti betul ke alat kawalan jauh penyaman udara yang ada tu bersesuaian dengan penyaman udara tu, sebab banyak sangat alat kawalan jauh penyaman udara yang ada di atas meja tu.  Bengang rasanya sebab masalah penyaman udara ni punya hal, pukul 11 malam baru dapat balik rumah semalam tapi masih tak berfungsi juga penyaman udara tu. Dahlah semalam dah makan sumpah seranah kat abang aku, tapi aku tahan  dan sabar je, maklumlah diakan abang. Sambung balik ceritanya, hari ni, sekali lagi pergi selesai masalah penyaman udara dekat tuisyen tu, puas aku, abang dan kawan aku sorang lagi cari punca masalah penyaman udara tu tak boleh nak di "on" kan. Fikir punya fikir, tak dapat juga, abang aku pun beritahulah dekat tuan punya tuisyen tu, yang penyaman udara dia tak boleh nak "on". Tuan dia pun terus "call" penjual penyaman udara tu, rupanya-rupanya penjual tu tak ingat nak letak sekali alat kawalan jauh penyaman udara semasa di beli. Adoiii!!! lau macam tu, sampai bila-bila pun penyaman udara tu tak kan dapat di "on" kan lau alat kawalan jauhnya tak ada. Bodohlah si penjual tu. Akhirnya, penyaman udara tu berfungsi setelah alat kawalan jauh di hantar oleh pekerja jurujual tersebut.

1 ulasan: