Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Rabu, 28 September 2011

Erti Penghargaan

Mengalir air mata ini tiap kali mengenangkan pemergiaan ibuku. Belum sempat aku menghabiskan pelajaranku di IPTA dan tidak sempat jua anakmu menghadiahkan segulung ijazah buatmu ibu. Selama hampir 21 tahun aku bersamanya, ibu menatang aku bagai minyak yang penuh, tapi aku masih terkenang-kenangkan saat manis bersama ibu dan selama 21 tahun itu, aku bagaikan tidak menghargai peluang yang ada bersama ibu, saat paling meyedihkan aku, semasa ibu berhadapan sakaratul maut, aku tidak berada disisinya. Bertapa rugi dan sesalnya aku pada ketika itu sehinggalah hari ini.  Jika sekarang ini, aku di beri seminit atau sejam bersama ibu, akanku manfaatkan waktu itu, namun, aku tahu itu tidak akan berlaku. Tapi aku masih mempunyai ayah, dan sekarang aku sudah pandai menilai dan memanfaatkan setiap masa yang ada bersama ayah aku, aku jadikan dia seperti maharaja, kerana aku tahu, inilah peluang aku berbudi dan menyayangi ayahku, walaupun ibu telah tiada. Aku berdoa, moga roh ibu, ditempatkan bersama golongan beriman, dan buat ayahku, anakmu mendoakan kesejahteraan ayah di dunia dan dipanjangkan umur. InsyAllah, Amin.

BUAT KAWAN-KAWANKU, HARGAILAH ORANG TUAMU, APABILA IA MENINGGALKAN KITA, TIADA LAGI ERTI KEKESALAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan