Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Rabu, 21 September 2011

AIR

Sebenarnya ramai antara kita tidak sedar bahawa air sangat penting dalam kehidupan. Tanpa air hidup kita tidak lengkap dan tidak tenang terutama ketika bekalan air terputus. Bekalan air sangat penting terutama untuk minum, membasuh dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana negara kita berada di bawah iklim khatulistiwa, dimana setiap tahun purata hujan melebihi 2000 mm setahun. Ini membolehkan kita memperoleh bekalan air yang cukup untuk menampung kehidupan seharian. Tidak di negara-negara lain seperti negara afrika, yang sangat memerlukan air, sehinggakan ada di antara mereka tidak mandi sehingga berbulan-bulan. Pada dua atau tiga hari yang lepas, tempat saya belajar yang merupakan sebuah IPTA telah terputus bekalan air. Hanya satu hari sahaja, tapi bagaikan setahun, yang paling mudaratnya ketika ingin bersolat, wuhduk terpaksa diambil hanya berbekalkan air sebotol, dan digunakan sejimat yang mungkin, begitulah bernilainya bekalan air kepada kita semua. Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri, bila dah ada air tu, janganlah dibazir-bazirkan pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan