BiSiKaN HaTikU
Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Selasa, 11 Jun 2013
Lagi seorang kawanku kahwin
assalamualaikum, hai pembaca yang hensem dan cantik-cantik semua (eleh perasanlah tu), hehehe. Lama betul aku tak berceloteh di sini. Mahu taknya, jantung hati aku terpaksa diberi rawatan, tu sebab lama tak berceloteh. Ah!!! Jantung hati? Yelah, jantung hati aku iaitu laptopku, hehehe. Terpaksalah berbelanja sebanyak RM250 demi memberi rawatan untuk jantung hatiku ini, hehehe. Ah! Sudahlah, bukan nak berbicara mengenai perkara ini, tapi mengenai perkahwinan kawan baikku ini. Fuyoo!!! Dah kahwin rupanya. Tahun lepas, seorang dah kahwin, tahun ni, seorang lagi kahwin, tinggal aku jelah, harap-harap tahun depan giliran aku, hahahahaha. Perasan!!! Nak bergosip sedikit pasal kawan aku ni, hehehehe. Aku bukan apa, cuma terkejut jelah. Maklumlah, nak kahwin bulan 5, tapi aku dapat tahu, hujung bulan 4. Bertuah punya kawan baik. Last minit baru kau bagitahu dekat aku ea. Kalau bukan nak pergi hantar surat dekat Tok Imam kampung bakal isteri kau yang dah jadi isteri kau sekarang ni, mungkin aku tak tahu. Pandai lak kau cakap nak buat kejutan, nak "cover" malulah tu, hehehe. Tak apa, sekurang-kurangnya aku tahu dan sempatlah pergi majlis akad nikah kau. Maklumlah jauh juga rumah isteri kau tu, hujung Tumpat sana. Dahlah kau akad nikah lepas solat jumaat. Nasib baik aku sempat sampai walaupun kau dah berdepan dengan Tok Imam dah. Aku demi kawan, relalah balik cepat-cepat dari Kuala Lumpur sana demi menemani kau akad nikah (sebenarnya bukan nak teman sangat pun, tapi nak dapatkan tuah pengantin baru dan cepat kahwin, kot-kot terlekat dekat aku nanti tuah tu juga) hahahaha. Tapi bila aku sampai masa kau nak akad nikah tu, bukan main tersenyum lagi. Kau senyum dekat aku sebab datang majlis akad nikah kau ke sebab kau perli aku dapat kahwin cepat ni, hahahahaha. Hentam sajalah. Tapi yang bagusnya kau ni, lepas akad nikah, mari dekat aku dulu, bukan pergi dekat isteri kau, sampaikan aku sendiri malu, cepat-cepat aku suruh pergi bergambar dengan isteri kau. Terbaiklah kawan, walaupun beristeri, kawan kau tak lupa, hehehe. Apa-apa pun, tahniahlah, dengan sekali lafaz dan bersuara lantangnya kau dah sah bergelar suami orang kawanku. Kau mewarisi kehebatan Fauzi yang kahwin tahun lepas dengan sekali lafaz juga, hehehehe. Eh3, belanja pun murah, RM 4000 je, Fuyoo... Lebih RM3000 dari Fauzi. Aku harap, aku pun macam kau dua oranglah, tak pun lagi murah. Hahahahaha. Dah malas aku nak cerita panjang meleret. Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku snap masa akad nikah kawan baik aku ni.
sorry, kamera henset je, nampak blur cikit, hehehe
muka bahagia baru lepas akad nikah
ambil seri pengantin baru, hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan