Agak lama 'diri ini' tidak berceloteh di ruangan ini. Alhamdulillah masih diberi umur yang panjang untuk menikmati dan memanfaatkan kehidupan di halaman-Mu. Eh, sudah-sudahlah tu, kan lari dari tajuk pula. Ok, 'diri ini' nak tunjukkan gambar-gambar 'diri ini' dan kawan-kawan bersama dengan sasterawan bukan Melayu yang disegani dalam dunia sastera tanah air iaitu Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin. Alhamdulillah, 'diri ini' tidak mengsia-siakan peluang yang ada dalam menuntut ilmu bersamanya dalam bidang sastera. Beliau seorang yang tegas, dan suka menguji kesabaran mental dan fizikal anak didiknya. Selama setahun bertungkus lumus menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir di bawah bimbingan beliau. Akhirnya, projek setebal 200 halaman berjaya disiapkan. Alhamdulillah, semangat keazaman dan kesungguhan tersebut, 'diri ini' dan rakan-rakan lain berjaya memperoleh markah yang diimpikan setiap pelajar yang melakukan projek ini. Kata beliau, memang wajar 'diri ini' memperoleh markah yang sedemikian kerana beliau telah menilai hasil penulisan projek yang disiapkan 'diri ini' adalah sangat baik. Bukan untuk berbangga, tetapi sebagai kata semangat dan satu cabaran 'diri ini' kepada adik-adik 'junior' yang berada di tahun akhir dan mereka yang lain. Tetapi harus diingat, bukan senang untuk berjaya dan memperoleh markah seperti itu. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi, masa perlu dikorbankan tanpa mengira pagi, petang mahupun di malam hari. Harus diingat juga, bukan susah untuk gagal. Ok, sampai di sini sahaja celoteh 'diri ini' untuk tajuk ini, InsyaAllah 'diri ini' akan memberi tips dan pengalaman sepanjang menyiapkan projek di bawah bimbingan beliau. Ikuti gambar yang dipaparkan di bawah ini:
|
'diri ini' bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin |
|
'diri ini' bersama rakan-rakan projek ilmiah |
|
yang ini satu lagi ramai-ramai bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin |
|
muka-muka gembira selepas menghantar projek ilmiah |
|
muka ceria yang teramat selepas mendapat keputusan cemerlang dalam projek ilmiah |
|
inilah gambar projek ilmiah kami semua, hehehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan