Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 15 September 2012

Mencuba Resepi di Bulan Ramadhan

Memandangkan bulan puasa baru-baru ini 'diri ini' bercuti dan berada di rumah setelah berpenat lelah menuntut ilmu, 'diri ini' cubalah nak jadi 'chef ' selama yang mungkin, hehehe. Sudah ditakdirkan, nak buat macam mana. memandangkan bulan puasa, mestilah nak makan yang sedap-sedapkan, jadi 'diri ini' cubalah beberapa resepi yang 'diri ini' dah nak cuba, tapi tak ada masa je, jadi, bulan puasalah yang terbaik, kalau manis ke, masin ke, orang yang makan komen, bolehlah jawab, 'NI KAN BULAN PUASA, NAK CUBA RASA MACAM MANA', hahahahaha, memang dah set dalam kepala jawab macam tu, hehehe. Nak tahu tak, resepi  apa yang 'diri ini' cuba? Siakap tiga rasa, siakap masak stim, kari ikan tenggiri dan macam-macam lagilah, hehehe. Mula-mula cuba, memanglah kurang menjadi, kecuali siakap tiga rasa je. Mahu taknya, hari ni masak, esok ayah 'diri ini' pergi cari pula ikan siakap, siap beli yang besar punya, hahaha, suka makan siakap tiga rasa la tu kot, bukan suka makan masakan 'diri ini', hehehe. Siakap masak stim ni, 'diri ini' cuba juga, tapi terlebih air sudah, walaupun terlebih air, habis juga, sampaikan menjilat jari siap tambah pula nasi dua tiga pinggan. Hahahaha, puas hati dan suka rasa, kalau kita masak, orang makan dengan banyak walaupun penat memasak lepas balik dari kerja. Oklah, cukup di sini sahaja, 'diri ini' nak berkongsilah gambar yang sempat diambil selepas masak iaitu ikan siakap masak tiga rasa dan ikan siakap masak stim, nanti 'diri ini' berkongsi resepi buat peminat blog 'diri ini', silalah tengok di bawah ye ;-)

ikan siakap masak stim 'terlebih air',hehehe

ni pula, ikan siakap tiga rasa
dua je gambar sempat 'diri ini' upload, siapa-siapa nak cuba, nanti 'diri ini' bagi resepi di kemudian hari, yum,yuumm, yuuummm...yuuuummmm...


Jumaat, 14 September 2012

Perkahwinan Sahabat Baik 'diri ini'

Hari ini, 'diri ini' ingin memaparkan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika kawan 'diri ini' kawin dalam bulan syawal baru-baru ini. Tak banyak gambar yang diambil, maklum sahajalah, orang lain kamera canggih-canggih, malulah nak keluar kamera sendiri, hehehe. Tepat pada jangkaan, daripada 3 orang yang 'famous' masa tingkatan 6 dulu, termasuk 'diri ini', 'famous' pasal apa, hahaha, macam-macamlah. Akhirnya, beliau yang kawin dulu. Walaupun pendiam dan malu dengan perempuan, beliaulah juara, hahaha. Akad nikah pun sekali lafaz je, 'diri ini' mesti menuntut ilmu ni daripada beliau, hehehe. Patutlah orang cakap, diam-diam ubi berisi, hahahaha. Sebelum ini pun, cikgu-cikgu ada cakap, beliaulah yang paling cepat kawin daripada kami bertiga, hehehe, masin mulut cikgu-cikgu, rasa nak pergi tanya pula cikgu-cikgu dekat sekolah sana, sapa pula antara 'diri ini' dan seorang lagi daripada 3 serangkai ini kawin dulu, hahaha. Kawan 'diri ini' yang kawin ni, masih lagi belajar dan berada di tahun akhir di USM. Isteri beliau pun sama, masih belajar. Apa-apa pun 'diri ini' mendoakan semoga beliau dan pasangannya diberkati dan dirahmati hubungan mereka hingga akhir akhirat, Amin. Jom tengok gambar mereka. 

menyarungkan cincin perkahwinan, pasangan yang secocok

bahagia semacam je pengantin baru ni, hehehe

wah! cium tangan, nak dapat berkat dari suami

apa yang bermain di fikiran tu, hehehe

keluarga pengantin perempuan dan lelaki

inilah 3 serangkai yang di gelar cikgu-cikgu kami
habis dah, haish, kejap je, 'diri ini' berhajat nak upload video akad nikah, tapi kerana masalah teknikal, harap maaf kepada peminat blog 'diri ini'. Siapa pula selepas beliau nanti, hehehe, sama-sama kita tunggu dan lihat hanya tinggal 2 orang lagi daripada 3 serangkai ini.

Khamis, 13 September 2012

Bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee tin

Agak lama 'diri ini' tidak berceloteh di ruangan ini. Alhamdulillah masih diberi umur yang panjang untuk menikmati dan memanfaatkan kehidupan di halaman-Mu. Eh, sudah-sudahlah tu, kan lari dari tajuk pula. Ok,  'diri ini' nak tunjukkan gambar-gambar 'diri ini' dan kawan-kawan bersama dengan sasterawan bukan Melayu yang disegani dalam dunia sastera tanah air iaitu Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin. Alhamdulillah,  'diri ini' tidak mengsia-siakan peluang yang ada dalam menuntut ilmu bersamanya dalam bidang sastera. Beliau seorang yang tegas, dan suka menguji kesabaran mental dan fizikal anak didiknya. Selama setahun bertungkus lumus menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir di bawah bimbingan beliau. Akhirnya, projek setebal 200 halaman berjaya disiapkan. Alhamdulillah, semangat keazaman dan kesungguhan tersebut, 'diri ini' dan rakan-rakan lain berjaya memperoleh markah yang diimpikan setiap pelajar yang melakukan projek ini. Kata beliau, memang wajar 'diri ini' memperoleh markah yang sedemikian kerana beliau telah menilai hasil penulisan projek yang disiapkan 'diri ini' adalah sangat baik. Bukan untuk berbangga, tetapi sebagai kata semangat dan satu cabaran 'diri ini' kepada adik-adik 'junior' yang berada di tahun akhir dan mereka yang lain. Tetapi harus diingat, bukan senang untuk berjaya dan memperoleh markah seperti itu. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi, masa perlu dikorbankan tanpa mengira pagi, petang mahupun di malam hari. Harus diingat juga, bukan susah untuk gagal. Ok, sampai di sini sahaja celoteh 'diri ini' untuk tajuk ini, InsyaAllah 'diri ini' akan memberi tips dan pengalaman sepanjang menyiapkan projek di bawah bimbingan beliau. Ikuti gambar yang dipaparkan di bawah ini:

'diri ini' bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin

'diri ini' bersama rakan-rakan projek ilmiah

yang ini satu lagi ramai-ramai bersama Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin

muka-muka gembira selepas menghantar projek ilmiah

muka ceria yang teramat selepas mendapat keputusan cemerlang dalam projek ilmiah

inilah gambar projek ilmiah kami semua, hehehe