Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Khamis, 26 April 2012

Dugaankah?

Ya Allah, apa dugaan yang kau berikan kepada hamba-Mu di saat begini Ya Allah. Kalau dahulu, bolehlah aku luahkan kepada Bondaku, kerana dia lebih memahami. Tapi sekarang tidak lagi. Kenapa disaat begini Ya Allah. Bagaikan kerinduan menyelubungi dan meratah jiwa ini mengingatkan kepada mu bonda. Walaupun sudah bertahun lamanya, tapi masih segar, bagaikan semalam Bonda meninggalkan aku, bagaikan semalam kita berbicara.

Wahai diriku! Janganlah mengikutkan perasaan sangat, terimalah realiti itu, sedarlah yang pergi tak akan kembali lagi. Walau air mata darah membasahi pipi sekali pun. Jika kau masih begini, kau macam tak dapat terima kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan