Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Isnin, 30 April 2012
Akhirnya!!! Alhamdulillah
Alhamdulillah, akhirnya! Ya Allah, akhirnya kau makbulkan apa yang hamba-Mu hajatkan dalam percubaan pertama hamba-Mu tahun ini. Alhamdulillah, hamba bersyukur. Panjangkanlah umur hamba, agar hamba dapat melihat seperti yang di khabarkan oleh hamba-Mu tersebut pada bulan Mei ini.
Jumaat, 27 April 2012
mana penghujungnya?
Apa sebenarnya persoalan ini? buat orang tertanya-tanya je, hehehe. Ini bukan soal hati atau perasan ya. Habis tu, pasal apa? Hem.. pasal cerpen lerrr.. Cerpen? Kenapa? Malaslah aku nak 'muntahkan' apa kaitan cerpen dengan blog ni. Habis tu, kau tulis buat apa? saja, suka-suka, bagi orang tertanya-tanya. hahahaha.
Khamis, 26 April 2012
Dugaankah?
Ya Allah, apa dugaan yang kau berikan kepada hamba-Mu di saat begini Ya Allah. Kalau dahulu, bolehlah aku luahkan kepada Bondaku, kerana dia lebih memahami. Tapi sekarang tidak lagi. Kenapa disaat begini Ya Allah. Bagaikan kerinduan menyelubungi dan meratah jiwa ini mengingatkan kepada mu bonda. Walaupun sudah bertahun lamanya, tapi masih segar, bagaikan semalam Bonda meninggalkan aku, bagaikan semalam kita berbicara.
Wahai diriku! Janganlah mengikutkan perasaan sangat, terimalah realiti itu, sedarlah yang pergi tak akan kembali lagi. Walau air mata darah membasahi pipi sekali pun. Jika kau masih begini, kau macam tak dapat terima kenyataan.
Wahai diriku! Janganlah mengikutkan perasaan sangat, terimalah realiti itu, sedarlah yang pergi tak akan kembali lagi. Walau air mata darah membasahi pipi sekali pun. Jika kau masih begini, kau macam tak dapat terima kenyataan.
Selasa, 24 April 2012
Aduhai Diri!
Aduhai Diri? Kenapa? Kenapalah diriku dirundung rasa bersalah. Kesalahan itu mencucuk-cucuk hati ini. Bersalah dengan siapakah aku? Manusia, atau dengan Mu? Aku merenung dan memikirkan, dengan siapa sebenarnya, menyebabkan ia menghantui diri dan hatiku ini.
Alhamdulillah. tapi Hatiku?
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Sudah lama jari ini tidak menari-nari di atas "keyboard laptop" dan berceloteh mengenai diriku sendiri dalam blog ini. Kemalasan dan kesibukan menguasai diri untuk sentiasa menulis di blog menyebabkan kejap timbul sekejap tenggelam. Tetapi kemalasan dan kesibukan itu tidaklah menjadi alasan sebenarnya, orang kata, kalau hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, hehehe. Sesuai ke peribahasa itu dengan situasi aku tu. Rasanya sesuai. Hem, terasa nak menyentuh mengenai hati aku dalam blog pula. Kenapa rasa hatiku ini sering tidak menentu. Adakah aku sendiri yang takut dengan bayang-bayang aku menyebabkan ia tak menentu? Mulut boleh mengatakan tidak, tapi hati berlainan. Apa yang harus aku buat sebenarnya? Perkara apa sebenarnya menyebabkan hatiku begitu? Aku rasa, kenali diri aku sendiri, sebelum mengenali diri orang lain. Mungkin bila aku mengenali diri aku sendiri, mulut dan hati akan bersatu mengatakan perkataan yang sama. Ada baiknya kan? Tunggulah apa yang akan terjadi seterusnya. (Saja nak tinggalkan tanda tanya disini, pasti ada yang akan bertanya nanti) :-p
Pesan Buat Diriku:
JANGAN TERLALU MENGIKUT HATI,
KELAK NANTI MEMBUNUH DIRI.
Pesan Buat Diriku:
JANGAN TERLALU MENGIKUT HATI,
KELAK NANTI MEMBUNUH DIRI.
Langgan:
Catatan (Atom)