Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 1 Januari 2012

CERPEN SURATAN KASIH ILAHI


 
‘Sayang! Sayang! Abang pergi dulu ya, dah lewat ni’.
‘Awalnya abang keluar hari ni?’ soal Maria.
‘Yalah! Hari ini abang terpaksa menggantikan bos abang berjumpa klien di daerah Gua Musang. Shahrul menyarungkan kasut kulit berwarna hitam berkilat itu.
‘Sayang…, Abang ada permintaan dengan sayang ini. Boleh tak?’ Seperti bermanja.
‘Permintaan apa bang? Sebelum ini tak pernah pun abang berminta-minta’. Tersenyum simpul.
‘Cakaplah bang, sayang akan tunaikan permintaan abang tu’. Sambil mendukung anaknya yang berumur satu setengah tahun’.
‘Abang nak sayang jaga diri sayang baik-baik dan besarkan anak kita elok-elok dan maafkan abang jika abang ada membuat salah apa-apa dekat sayang selama ini’.
‘Kenapa abang cakap begitu’. Soal Maria.
‘La…, tak salahkan abang minta dengan sayang begitukan?’
‘Yalah, tak salah, tapi…’ kebingungan.
‘Tapi apa? Sayang janganlah fikir yang bukan-bukan. Hah! Abang dah lewat dah ni, cepatlah kiss abang’. Meminta dengan penuh pengharapan.
‘Abang dah nak pergi kerja dah ni’. Shahrul seperti ingin bermanja-manja dengan suaminya itu.
‘Ok, muaahhh!!! Sayang abang. Maria mencium pipi suaminya itu.
‘Terima kasih sayang. Sayang boleh bagi dekat abang anak kita kejap? Abang terasa nak dukung dialah’. Maria menghulur anaknya itu kepada suaminya.
 ‘Maafkan sayang jika ada salah dan silap sayang juga ya. Sambil bersalam mencium tangan’. Tiba-tiba anak kecilnya meringget seperti tidak mahu berenggang dengan bapanya itu.
‘Abang dah lambat dah’. Shahrul menghulurkan anaknya itu kepada isterinya. Bayinya masih menangis seperti tidak mahu bapanya melepaskan dirinya atas dukung.
‘Hati-hati ya bang memandu kereta’. Pesan Maria kepada suaminya.
Ya, terima kasih sayang, ingat pesan abang tadi ya! Sekali lagi shahrul mengingatkan Maria. Shahrul masuk ke dalam kereta dan meluncur meninggalkan isterinya sambil tangannya melambai-lambai ke arah isteri dan anak kecilnya.
Maria terasa pelik dengan perangai suaminya itu, namun ia tidak boleh berprasangka buruk terhadap peristiwa tadi. Maria terus mengunci pintu dan seperti biasa, Maria melakukan kerja seperti suri rumah yang lain setiap hari sehinggalah larut malam.

Kring! Kring! Kring! Kedengaran telefon rumah Maria berbunyi. Hampir tiga kali deringan telefon rumah berbunyi, barulah diangkat dan dijawab oleh Maria.
‘Assalamualaikum, ni puan Maria ke?’
‘Ya, saya puan Maria, maaf sebab lambat angkat telefon tadi, saya tengah mandi, ada apa-apa yang boleh saya bantu?’
‘Saya Kostabel Sham dari balai polis Kubang Kerian, saya harap puan dapat bersabar dan bertenang apabila mendengar berita ini’.
‘Be…Be.. Berita apa tu Encik Sham?’ Dalam keadaan panik.
‘Suami puan, bernama Shahrul Bin Sulaiman telah disahkan meninggal dunia akibat terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya di kilometer 34 kuala krai. Saya harap puan bersabar dan bolehlah datang ke bilik mayat Hospital USM Kubang Kerian untuk mengecam jenazah suami puan’.
‘Ya Allah! Suami a...a…aku’. Maria menangis dan terduduk serta-merta bagaikan tiada kudrat untuk terus berdiri apabila dikhabarkan berita menyedihkan itu.
Anak mata Maria terpandang kepada anak yang masih kecil dalam buaian itu.
Fikiran Maria sudah bercelaru. Anak yang baru berusia setahun setengah bulan itu sudah kehilangan bapa dan kasih sayang bapanya.
Maria terus mendapatkan anaknya yang berada dalam buaian tersebut. Tiba-tiba bayi itu menangis kerana terkejut dengan tindakan Maria.
Maria mengambil kunci kereta dan memandu laju meluncur terus ke Hospital USM Kubang Kerian.
Apabila sampai saja di rumah mayat, kelihatan ibu mertua Maria sudah pun berdiri di sebelah jenazah yang ditutupi dengan kain putih dan sedikit kesan darah pada kain tersebut.
Maria cuba menghampiri jenazah itu, kerana Maria tahu, itu adalah jasad suaminya. Apabila Maria ingin mendekati jenazah suaminya itu, tiba-tiba ibu mertuanya menolak Maria, nasib baiklah bayinya diserahkan terlebih dahulu kepada adik iparnya yang ada bersama dengan ibu mertuanya.
“Kau memang bawa sial! Dari dulu lagi aku dah cakap, kau memang perempuan sial, sebab itulah aku tidak mahu anak aku berkahwin dengan kau. Kau lihat apa dah jadi sekarang. Anak lelaki aku dah mati, apa kau nak lagi. Berambus kau dari sini, aku tak mengaku kau menantu aku, pergi! Pergi!” Ibu mertua Maria bagaikan dirasuk menghalau Maria dan menghambus kata-kata kasar terhadap Maria di hadapan orang ramai.
‘Ibu! Apa salah saya ibu?’ Maria menyoal ibunya sambil menangis.
“Aku bukan ibu kau, ibu kau dah lama mati, kau anak yatim piatu, entah mana asal usul kau, aku tak tahu. Dahlah dulu, kau goda anak aku, hinggakan anak aku berkahwin dengan kau dan menolak kehendak aku menjodohkannya dengan pilihan hati aku. Sekarang kau nak panggil aku ibu kau. Kau memang bawa sial!”
Maria menangis terkedu-kedu apabila ibu mertuanya berkata begitu kepadanya. ‘Ibu izinkan saya menatap wajah Shahrul untuk terakhir kali’. Maria merayu.
‘Untuk apa kau menatap wajahnya? Sudahlah kau membawa sial sejak kau berkahwin dengan anak aku dulu, sekarang kau nak bawa sial pula dekat jasad anak aku pula. Sudah! Aku kata pergi, pergi! Ibu mertuanya menolak dengan keras Maria apabila hendak menghampiri jasad suaminya, Maria terjatuh dan kepalanya hampir mengenai pasu bunga yang berada berhampiran tempat itu.
‘Dan satu lagi, kau jangan bawa pergi anak kau itu. Jika budak itu berada dengan kau, pasti akan membawa sial juga sama seperti kau!’ Dalam keadaan menengking.
‘Ta… ta… tapi! Itu anak saya, saya berhak ke atas anak saya’. Maria menjelaskan kepada ibu mertuanya sambil menangis.
Tiba-tiba datang dua orang jururawat dan menasihati mereka supaya tidak bertengkar di tempat itu. ‘Sabar puan, sabar, bawa bertenang, kita sekarang berada di kawasan bilik mayat, dan dilarang membuat bising’.
‘Aku nak kau halau perempuan tu, aku tak nak tengok mukanya, memang bawa sial selagi ia perempuan tu berada di sini!’ Ibu mertua Maria melontarkan kata-kata itu kepada dua orang jururawat tadi sambil menunding jari ke arah Maria.
‘Puan, saya harap puan boleh meninggalkan tempat ini sekarang, jika puan tidak berbuat demikian, perkara ini makin kecoh, ini adalah hospital’. Salah seorang daripada jururawat itu meminta Maria meninggalkan tempat tersebut.
Maria bangun dan mendengar nasihat jururawat itu. Belum sempat Maria melangkah ingin meninggalkan jasad suaminya yang terbujur kaku, tiba-tiba datang seorang doktor lelaki dan beberapa orang pegawai dari jabatan agama Islam menghampiri mereka semua.
‘Puan, puan tiada hak untuk menghalang isteri arwah Encik Shahrul untuk menatap wajah suaminya untuk kali terakhir, jika tidak, puan boleh dikenakan tindakan’. Salah seorang dari pegawai jabatan agama Islam itu menjelaskan kenyataan tersebut.
‘Maafkan saya tuan, tapi perempuan ini telah membawa sial kepada anak saya, lihatlah apa dah jadi, anak lelaki saya dah tiada dah sekarang ni’. Ibu mertua Maria menangis menjelaskan perkara itu.
‘Subhana-Allah. Puan saya harap puan bawa bertenang dan bersabar, serta banyak-banyak mengucap, hormatilah jenazah anak puan ini. Puan perlu ingat dan harus percaya kepada ketentuan Allah S.W.T. manusia telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi dengan tiga perkara, iaitu rezeki, jodoh, dan ajal maut. Tiga perkara sudah di tentukan oleh-Nya. Bawalah mengucap puan’.
Akhirnya, ibu mertua Maria tadi tersedar daripada perasaan amarah nya itu, namun perasaan benci terhadap menantunya Maria itu masih lagi menghantui perasaannya.
‘Aku tak kan lepaskan begitu saja Maria, kau akan menerima pembalasannya nanti. Kau tunggu Maria, kau tunggu’. Ibu mertuanya seperti mengugut Maria ingin membalas dendam. Namun maria tidak mengendahkan kata-kata ibu mertuanya itu. Dia menghampiri jenazah suaminya yang terbujur kaku tadi diselimuti kain putih yang sudah dibasahi darah di bahagian kepala.
Akhirnya Maria membuka kain putih pada paras muka jasad suaminya. Kelihatan wajah suaminya yang kaku, ada kesan calar dan lebam-lebam pada bahagian mata serta darah membasahi rambut suaminya.
‘Ya Allah, abang! Jangan tinggalkan saya dan anak kita bang! Jangan bang! Abang jangan tinggalkan saya, abang! Abang…!’ Maria meraung dan meronta-ronta serta mengoncang-goncang jasad suaminya itu. Tiba-tiba Maria pengsan bersebelahan suaminya.
‘Tanpa disedari, Maria telah berada di atas katil dalam hospital itu juga. Mana suami saya, mana suami saya?’ Maria meraung bertanya kepada jururawat berhampirannya.
‘Bertenang puan bertenang! Jenazah suami puan telah di bawa pulang oleh ibunya semalam, dan dikatakan sebelum pukul 11 pagi, jenazah suami puan akan di kebumikan’. Jelas jururawat tersebut.
‘Sekarang sudah pukul berapa, nurse?’
‘Pukul 9 pagi puan Maria’.
‘Nurse! tolong hantar saya pulang Nurse, saya nak melihat wajah suami saya untuk kali terakhir, tolonglah Nurse.
‘Tapi saya perlu meminta keizinan daripada doktor dahulu kerana puan Maria dalam pemerhatian kami. Puan Maria tunggu sekejap, saya nak maklumkan perkara ini kepada doktor’. Nurse tersebut nampak semakin menghilangkan diri daripada pandangan Maria.
Setelah hampir 15 minit, jururawat tadi masih belum datang, Maria mengambil keputusan untuk lari saja, lalu dia mencapai beg tangan yang berisi kunci keretanya dan terus berlari meninggalkan katil pesakit itu.
Maria bergegas ke arah keretanya dan terus memandu laju pulang sebelum jenazah suaminya dikebumikan. Mata Maria memandang ke arah jam yang berada di atas dashboard keretanya. Sekarang jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, keadaan jalan pun sesak. Kelihatan ada sedikit kemalangan kecil, namun Maria tidak mempedulikan perkara itu, dalam pemikiran Maria hanya ingin menatap wajah suaminya. Maria risau jika tidak sempat melihat wajah suaminya kali terakhir. Lagi satu setengah jam menghampiri pukul 11 pagi.
Tepat jam 10.30 pagi, Maria akhirnya sampai di rumah ibu mertuanya di Pasir Tumboh. Kelihatan orang ramai seperti saudara mara arwah suaminya telah pun berkumpulan untuk memberi penghormatan terakhir terhadap arwah.
Tiba-tiba terdengar satu suara kasar seperti mengusir Maria. ‘Buat apa kau datang di rumah aku perempuan sial, kau nak bawa sial kepada aku ke?’
‘Ibu, izinkan Maria melihat wajah Shahrul untuk kali terakhir?’
‘Sudahlah! Kau bawa sial, kau jangan jejak atas rumah aku’.
Tiba-tiba, terdengar suara Imam, menyatakan kepada ibu mertua Maria supaya menghormati jenazah anaknya itu dan membenarkan Maria menatap wajah suaminya untuk kali terakhir. Akhirnya, ibu mertua Maria terpaksa akur dengan kata-kata Imam terbabit.
Maria terus melangkah kaki dan masuk ke dalam rumah dan keadaan sebak dan menangis. Maria merapatkan dirinya dengan jasad suaminya yang sudah di mandi dan di kafankan. Maria mendekati dirinya dengan jenazah suaminya itu untuk kali terakhir, sambil di perhatikan oleh saudara mara Shahrul yang lain.
‘Abang, maafkan Maria bang, maafkan Maria, jika Maria ada salah dan silap dengan abang’. Tangisan Maria kuat.
‘Sudahlah nak, suamimu sudah tiada, janganlah menangis lagi, nanti roh suamimu akan bersedih melihat isterinya menangis’. Sapa Imam tadi kepada Maria.
‘Sudahlah, sekarang kita perlu segerakan pengebumiannya, nanti tak elok di simpan lama-lama’. Akhirnya, Maria akur dengan kata-kata Imam tadi, Maria berundur selangkah dua daripada jasad suaminya, namun matanya masih memandang ke arah wajah suaminya untuk kali yang terakhir sebelum Imam itu menutup balik kain kafan untuk di sembahyangkan.
Selesai menyembahyangkan jenazah suaminya itu oleh Imam dan saudara Shahrul, jenazah itu terus di bawa ke tanah perkuburan dengan kereta jenazah. Maria mengekori dari arah belakang kereta jenazah itu sehingga ke tanah perkuburan.
Ketika jenazah suaminya dibawa turut ke dalam liang lahad, air mata Maria semakin laju membasahi pipinya. Saat manis ketika mula-mula Maria mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shahrul bermain di fikirannya.
‘Biarlah ibu abang tak merestui perkahwinan kita ini, asalkan kita berdua bahagia. Sayang janganlah berkecil hati dengan sikap ibu abang. Ibu abang memang macam tu, bila dah lama nanti ok lah’.
‘Sayang tak berkecil hati dengan ibu abang, tapi sayang risau je, yang ibu abang tak merestui perkahwinan kita ini, sayang takut apa-apa yang berlaku ke atas kita di depan hari nanti’.
‘Sayang janganlah berkata begitu, semua dah di tentukan oleh-Nya. Dah jodoh antara kita berdua, tiada siapa dapat menghalangnya. Sayang jangan banyak berfikir benda-benda macam tu ya. Sekarang kita dah berkahwin dan perlu menikmati hidup kita ini. Jom tidur.’ Terukir senyum manis suaminya yang berkulit putih langsat dan kelihatan kecacatan cantik (lesung pipit) di pipi.
‘Abang ini nakallah, jom! Maria tersenyum dan mengajak sambil malu-malu sedikit’. Tiba-tiba Maria tersedar daripada lamunannya tadi, apabila sekali lagi ibu mertuanya memanggilnya namanya dengan  kasar.
Maria! Kau buat apa lagi di sini, anak aku sudah tiada, dan kau bolehlah berambus meninggalkan tempat ini. Sudah! Pergi kau dari sini.
Maria terpaksa akur dengan kata-kata ibu mertuanya itu, dan beredar meninggalkan tanah perkuburan itu. Maria melihat anaknya yang berada di atas pangkuan ibu mertuanya.
Dia pasti suatu hari nanti, dia akan mendapat haknya sebagai seorang ibu ke atas penjagaan anaknya itu. Maria tahu, yang dirinya sudah tiada apa lagi, melainkan anak hasil daripada perkahwinannya dengan Shahrul itu sahaja akan menjadi pengubat kisah hitam hidupnya. Walaupun sekasih mana pun perasaan Maria terhadap suaminya, namun kasih Ilahi lebih lagi terhadap suaminya yang sudah menjadi suratan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan