Mungkin ramai yang tengah stress sekarang ini, terutamanya pelajar-pelajar universiti yang tengah menduduki "Final exam". Saya terbaca satu artikel mengenai langkah-langkah mengatasi stress, jadi saya nak kongsilah bersama dengan kawan-kawan yang lain. Di sini, saya hanya memberi 3 cara menangani stress, harap kawan-kawan semua bolehlah mencuba.
1. Menangani stress dengan psikologi
I. Fahami punca berlakunya stress-Anda perlu megetahui masalah yang menyebabkan anda stress, dan apabila sudah mengenal pasti, cubalah mengubahnya ya. Insy-Allah.
II. Selesai masalah anda satu persatu dahulu- macam mana? Anda perlu menyelesaikan masalah kecil sebelum menjadi masalah lebih besar lagi. Interaksi dan komunikasi berkesan sangat penting bagi menyelesaikannya.
III. Ambil mudah- Jangan terlalu memikirkan bebanan dalam diri, amalkan sikap ambil mudah. Bagaimana? Anda perlu menganggap sesuatu yang diterima itu mudah dan dapat dilakukan. Tapi ingat! Jangan sampai ambil mudah itu sehingga membebankan anda di kemudian harinya. Pandai-pandailah mengamalkan cara mengambil mudah tersebut,.
2. Menangani dengan emosi/perasaan diri.
I. Menangis- Mungkin cara ini terbaik kerana ia dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. Kebiasaannya kaum hawa suka mencuba cara ini, tetapi bagi kaum adam, kemungkinan perasaan malu dan merasa lemah jika ia menangis. Jangan risau, ada cara lain lagi.
II. Ketawa- bagaimana nak ketawa ni. Senang saja, duduk bersama rakan anda yang pandai menghiburkan hati. Pasti stress anda hilang kerana ketawa dapat membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan deyutan jantung anda. Ingat juga, mencari kawan semasa ketawa ini senang, tapi mencari kawan yang sama-sama mendalami masalah kita susah.
III. Menyanyi dan menjerit- Menyanyi? Jangan fikir kepada suara sedap atau tak, peduli apa orang nak kata apa, asalkan kita lepas daripada stress. Seeloknya menyanyilah dalam bilik air ya. Hehehehe, nanti kalau kita menangis di sebabkan menyanyi pun tak ada orang tahu. Menjerit pula carilah tempat yang sunyi dan jauh daripada orang ramai. Nanti tak pasal-pasal kena "warning" nanti bertambah stress.
IV. Luahkan pada sahabat- Mungkin anda boleh mendapat pandangan daripada sahabat anda untuk mengatasi stress. Tapi ingat! Untuk meluahkan stress anda tu, kena pandai-pandai memilih sahabat ya, jangan nanti bila dah anda luahkan memakan diri sendiri pula.
V. Mengadu kepada kaunselor- Jika anda tidak berani atau malu meluahkan perasaan atau bebanan yang mengantui diri anda kepada sahabat anda sendiri. Berjumpa dengan kaunselor di universiti anda atau kaunselor bertauliah kerana mereka dapat membantu proses menyelesaikan masalah anda dan memberi tips tentang perkara yang perlu dilakukan untuk menanganinya.
3. Menangani dengan Fizikal
I. Bersenam atau beriadah- Cara ini dapat meredakan stress anda kerana semasa bersenam peredaran darah berjalan dengan lancar kerana otot-otot anda juga bergerak.
II. Berurut- Biasanya berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan urat-urat yang tegang boleh dikendurkan akibat daripada stress.
Itu sahajalah cara-cara mengatasi stress yang saya perolehi daripada bacaan artikel sebentar tadi. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Insy-Allah. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan