Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 19 September 2011

Kisah Lucu 2 Pelajar Baharu di IPTA

Pada hari jumaat, sebelah pagi lebih kurang pukul 9 pagi, dua orang pelajar ini merupakan pelajar baharu di tempatkan dalam bilik yang sama iaitu bilik 340. Dua orang pelajar tersebut bernama Adam dan Amir. Mereka berbual-bual dan saling berkenalan antara satu sama lain. Tiba-tiba Adam terpandang laptop di atas meja Amir dan ingin meminjam dan mengunakan laptop tersebut.

Adam: Amir! boleh aku pinjam laptop kau kejap? Aku nak online Facebook kejap.
Amir: Boleh, gunalah, laptop aku ada atas meja tu.
Adam: Fuh!!! lega aku Amir bagi pinjam, hehehe (berbicara dalam hati dan ketawa kecil)

Adam terus membuka suis dan "On" kan laptop yang berada di atas meja itu. Tiba-tiba Adam bertanya.

Adam: Amir! Apa pasword laptop awk ni?
Amir: Tak boleh.
Adam: Alah cepatlah bagi pasword ni.
Amir: la.., Aku cakap tak boleh, tak boleh lah.
Adam: kedekut siotlah kau ni, aku keluar dululah.(merajuk).
Amir: Kau nak pergi ke mana? Tadi cakap nak pinjam laptop aku.
Adam: Habis kau cakap tak boleh, buat apa lagi aku tunggu.
Amir: la..., Betullah pasword laptop aku TAK BOLEH, apasal kau nak merajuk pulak.
Adam: Aku ingatkan kau tak nak bagi tadi, rupanya pasword laptop kau TAK BOLEH.

kami berpandangan antara satu sama lain, dan kemudian ketawa besar sampaikan nak terkencing.
HAHAHAHAHAAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...

hehehe,begitulah kisahnya..

1 ulasan: