Mengalir air mata ini tiap kali mengenangkan pemergiaan ibuku. Belum sempat aku menghabiskan pelajaranku di IPTA dan tidak sempat jua anakmu menghadiahkan segulung ijazah buatmu ibu. Selama hampir 21 tahun aku bersamanya, ibu menatang aku bagai minyak yang penuh, tapi aku masih terkenang-kenangkan saat manis bersama ibu dan selama 21 tahun itu, aku bagaikan tidak menghargai peluang yang ada bersama ibu, saat paling meyedihkan aku, semasa ibu berhadapan sakaratul maut, aku tidak berada disisinya. Bertapa rugi dan sesalnya aku pada ketika itu sehinggalah hari ini. Jika sekarang ini, aku di beri seminit atau sejam bersama ibu, akanku manfaatkan waktu itu, namun, aku tahu itu tidak akan berlaku. Tapi aku masih mempunyai ayah, dan sekarang aku sudah pandai menilai dan memanfaatkan setiap masa yang ada bersama ayah aku, aku jadikan dia seperti maharaja, kerana aku tahu, inilah peluang aku berbudi dan menyayangi ayahku, walaupun ibu telah tiada. Aku berdoa, moga roh ibu, ditempatkan bersama golongan beriman, dan buat ayahku, anakmu mendoakan kesejahteraan ayah di dunia dan dipanjangkan umur. InsyAllah, Amin.
BUAT KAWAN-KAWANKU, HARGAILAH ORANG TUAMU, APABILA IA MENINGGALKAN KITA, TIADA LAGI ERTI KEKESALAN.
Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Rabu, 28 September 2011
Selasa, 27 September 2011
Lawak Doktor Dengan Pesakit Psikotik
Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Seorang doktor lelaki ditugaskan untuk melawat dan memeriksa pesakitnya.
DR.: Nampaknya ada pesakit baru hari ini Nurse?
Nurse: Ya, kita ada pesakit baru hari ini, namanya Azharun bin Azharin. berusia 32 tahun, semalam keluarganya baru menghantar kerana di katakan pesakit ini meracau-racau.
DR.: Oh! ye ke, nanti saya check dulu.
Nurse: Ok, ada apa-apa boleh saya bantu lagi?
DR.: Tak ada, awak boleh pergi dulu.
Nurse: Terima kasih.
DR.: Selamat pagi, Azharun bin Azharin.
Pesakit: Hehehehe. Doktor G**A, Doktor G**A, sekarang dah tengah harilah.
DR.: Aik!!! Dia ketawa pula, bila aku bagi salam. Dahlah cakap aku macam tu, tak apa. Aku ada cara aku sendiri. (berbicara dalam hati).
DR.: Ehm, memandangkan awak pesakit baru, saya ada satu soalan untuk awak. Hehehehe(ketawa dalam hati). Awak lelaki atau perempuan.
Pesakit: Tentulah saya lelaki. Hehehe
DR.: Oh, bagus. Sekarang awak ikut apa yang saya cakap, boleh?
pesakit: Boleh saja Doktor, saya kan ada mulut,hehehehe.
DR. : Oh, kau nak kenakan aku ya,(berbicara dalam hati). Ok, sekarang awak ikut saya cakap.
SAYA, ADALAH...
pesakit: SAYA. ADALAH...
DR. : SEORANG YANG G**A.
Pesakit: SEORANG YANG BUKAN G**A. Hahahahaha.
DR.: Hahahaha, awak seorang yang bukan g**a? Sekarang, awak perhatikan tiga nurse kat kiri awak tu, dia G**A tak?
Pesakit: Tak, kenapa?
DR.: Tadi, awak cakap awak seorang yang tak g**a, tapi awak cakap nurse tu pun tak g**a, bermakna, bukan awak seorang tapi ada tiga di sebelah kiri awak, yang awak cakap tadi dia orang pun tak g**a juga. hahahahaha.(ketawa terbahak-bahak)
Pesakit: @#$%^*** (sambil mengaru kepala)
Tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang telah meninggal.

Ahad, 25 September 2011
Sepasang Kekasih-Hendak Mengena Tapi Terkena
Pada pukul 12 tgh hari, di sebuah Restoran, sepasang kekasih berhenti makan tengah hari, lalu girlfrend (Gf) melihat seorang lelaki berada di luar sedang menghisap rokok.Gf itu megetahui bahawa Boyfrend (Bf) dia juga mempunyai tabiat yang sama, lalu mengambil cara untuk mengenakan Bf, sementara itu Bf memerhatikan alis mata Gf, dari awal lagi, lalu bertanya.
Bf: Kenapa awk pandang orang kat luar tu semacam je?
GF: Saya tengok lelaki tu macam ketagih rokok je, awak pun hisap rokokkan?
BF: A'ah...I hisap rokok,kenapa?
GF : Awk tau tak rokok ni boleh buat awak cepat mati?
BF : Hmmm...mane ade. Jodoh, ajal maut n rezeki semua kat tangan Tuhan la.
GF : Hmmmm...I tahu,tapi!!! berapa banyak awak habiskan duit untuk rokok?
BF : Satu kotak Dunhill RM10 je sehari.
GF : Satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200... awak mule hisap rokok bila ea???
BF : Wah!!!tak sangka awak pandai math...dari tingkatan 3. kenapa?(kehairanan)
GF : sekarang awk dah umur 25. 25-15=10 tahun dah..dan sekarang, RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang awak dah bazirkan dalam tempoh 10 tahun tu.
BF : Jadi? I ada mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : Memanglah takde, tapi kalau awak tak merokok and awak simpan, skrg awak dah boleh
beli kereta Cardina ke... Evo ke, golf GTI ke... semua boleh dengan nilai sebanyak tu.
BF : I nak tanye awak, awak hisap rokok tak?
GF : Tak...kenape tanye macam tu?
BF : kalau awak tak hisap rokok macam I...mane Evo, Cardina atau Golf GTI awak?(memerli)
GF : !@#$%^&*(Kelu)
BF: hehehehehe(ketawa dalam hati)
Lawak Semasa Sekatan Jalan Raya
kebiasaan Aku balik kerja pukul 7.30 malam sebab time-time macam tu tak ada "road block" polis. Biasalah Aku baru dapat lesen P, motor Aku pun belum tampalkan P lagi . Pada suatu hari tu, macam biasa, Aku melalui "highway" kajang-kuala lumpur, macam biasa, Aku bawa motor dengan kelajuan 80km sejam, sambil lihat pemandangan, biasalah motor kapcai katakan, hehehehe, sampai je dekat tol Sungai Besi, tiba-tiba Aku ternampak ada "road block", tak sempat Aku nak pusing patah balik, terus Aku kena tahan.
Polis: Nak pergi mana encik? Kan jalan sehala ni, boleh keluarkan lesen, ic dan cukai jalan?
Polis: Nak pergi mana encik? Kan jalan sehala ni, boleh keluarkan lesen, ic dan cukai jalan?
Aku: Ha! (ketakutan) Tak dengar mana la encik.(pura-pura tak dengar)
Polis tu mengulangi soalannya tadi.
Aku: Oh! Tak ada pergi mana-mana, terkejut je encik. Ni ic, lesen dan cukai jalan, encik.
Polis: Terima kasih, cukai jalan belum mati lagi, tapi lesen ni baru je buatkan, masih lagi lesen P.
Aku: Cukai jalan memang tak mati encik, kalau mati dah lama terkubur,hehehehe(ketawa dalam hatiku). Kenapa dengan lesen saya encik?
Polis: Awak ni loyer buruk lah
Aku: Tak de lah encik, saya bergurau, maaf ya?
Polis: Tak pe, masalah awak sekarang, awak baru lesen P, tapi awak tak tampalkan P, P mana?
Aku: Alamak! Lupa nak tampalkan P, macam mana ya? Ha!!! Aku ada cara.(berbicara dalam hati) saya... P balik rumah encik.
Polis: P mana?
Aku: Kan saya dah cakap p balik rumah.
Polis: Sekali lagi saya tanya, P mana?(dengan suara yang keras)
Aku: Encik, kan saya dah cakap, saya nak p balik rumah.
Polis: Dah la,jalan cepat, dah bersusun motorsikal kat belakang tu sebab awak. Lain kali, saya nampak awak tak tampalkan P, saya saman awak.(dalam keadaan tertekan dan sedikit marah)
Aku: Terima kasih encik. Hehehehehe(ketawa spontan). Nasib baik selamat Aku, taklah Aku kena saman tadi.(berbicara dalam hati).

Rabu, 21 September 2011
AIR
Sebenarnya ramai antara kita tidak sedar bahawa air sangat penting dalam kehidupan. Tanpa air hidup kita tidak lengkap dan tidak tenang terutama ketika bekalan air terputus. Bekalan air sangat penting terutama untuk minum, membasuh dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana negara kita berada di bawah iklim khatulistiwa, dimana setiap tahun purata hujan melebihi 2000 mm setahun. Ini membolehkan kita memperoleh bekalan air yang cukup untuk menampung kehidupan seharian. Tidak di negara-negara lain seperti negara afrika, yang sangat memerlukan air, sehinggakan ada di antara mereka tidak mandi sehingga berbulan-bulan. Pada dua atau tiga hari yang lepas, tempat saya belajar yang merupakan sebuah IPTA telah terputus bekalan air. Hanya satu hari sahaja, tapi bagaikan setahun, yang paling mudaratnya ketika ingin bersolat, wuhduk terpaksa diambil hanya berbekalkan air sebotol, dan digunakan sejimat yang mungkin, begitulah bernilainya bekalan air kepada kita semua. Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri, bila dah ada air tu, janganlah dibazir-bazirkan pula.
Isnin, 19 September 2011
Kisah Lucu 2 Pelajar Baharu di IPTA
Pada hari jumaat, sebelah pagi lebih kurang pukul 9 pagi, dua orang pelajar ini merupakan pelajar baharu di tempatkan dalam bilik yang sama iaitu bilik 340. Dua orang pelajar tersebut bernama Adam dan Amir. Mereka berbual-bual dan saling berkenalan antara satu sama lain. Tiba-tiba Adam terpandang laptop di atas meja Amir dan ingin meminjam dan mengunakan laptop tersebut.
Adam: Amir! boleh aku pinjam laptop kau kejap? Aku nak online Facebook kejap.
Amir: Boleh, gunalah, laptop aku ada atas meja tu.
Adam: Fuh!!! lega aku Amir bagi pinjam, hehehe (berbicara dalam hati dan ketawa kecil)
Adam terus membuka suis dan "On" kan laptop yang berada di atas meja itu. Tiba-tiba Adam bertanya.
Adam: Amir! Apa pasword laptop awk ni?
Amir: Tak boleh.
Adam: Alah cepatlah bagi pasword ni.
Amir: la.., Aku cakap tak boleh, tak boleh lah.
Adam: kedekut siotlah kau ni, aku keluar dululah.(merajuk).
Amir: Kau nak pergi ke mana? Tadi cakap nak pinjam laptop aku.
Adam: Habis kau cakap tak boleh, buat apa lagi aku tunggu.
Amir: la..., Betullah pasword laptop aku TAK BOLEH, apasal kau nak merajuk pulak.
Adam: Aku ingatkan kau tak nak bagi tadi, rupanya pasword laptop kau TAK BOLEH.
kami berpandangan antara satu sama lain, dan kemudian ketawa besar sampaikan nak terkencing.
HAHAHAHAHAAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
hehehe,begitulah kisahnya..

Langgan:
Catatan (Atom)