Jika diperhatikan dan dibaca pada dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini, banyak berita-berita mengenai isteri hidup bermadu dan dibiarkan terabai menanggung penderitaan dan megalami tekanan perasaan, sehinggakan ada di antara wanita-wanita yang hidup bermadu ini sanggup menganiaya madu mereka sendiri seperti sanggup untuk meragut nyawa madu mereka kerana terlalu cemburu. Malah bertindak luar logik akal fikiran sehingga ada yang sanggup memotong kemaluan suaminya.
Adakah sifat cemburu buta wanita? atau Ketidakadilan suami kepada isteri-isteri yang dimadukan mereka?
Kita ketahui, lelaki telah diberi keistemewaan dalam Islam dimana seorang lelaki itu boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang, jika dirinya mampu berlaku adil. Perkara ini jelas dalam Al-Quran seperti berikut: "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu kahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah al-Nisa' ayat 3).
Disini Islam tidak melarang seseorang lelaki itu mengahwini wanita itu lebih daripada seorang tetapi hendaklah berlaku mereka berlaku adil antara isteri-isteri yang dikahwininya. Namun, ada segelintir lelaki sekarang ini berkahwin lebih daripada seorang isteri sebagai tren hidup, malah ada juga yang memadukan isterinya kerana wanita yang mereka cintainya ketika waktu dalam percintaan kembali menagih kasih kembali kepada lelaki sedangkan diri mereka tidak mampu untuk berlaku adil.
Adil yang dimaksudkan adalah adil dari segi zahir dan batin. Janganlah hanya memberikan sesuatu itu kepada sebelah isteri yang mereka lebih sayangi sahaja. Contohnya, isteri muda/kedua mendapat rantai emas daripada suami kerana terlalu sayangkan isteri muda, namun isteri tua/pertama tidak mendapat hadiah sama seperti isteri muda, sehingga menimbulkan rasa iri hati dan cemburu si isteri tua terhadap madunya kerana suaminya lebih meyayangi dan berlaku tidak adil. Apa salahnya kalau suami itu memberi hadiah yang sama kepada isteri tua supaya berlaku adil dan tidak menimbulkan rasa iri hati dan cemburu dalam hidup bermadu.
Disebabkan itulah, sering kita dengar dan lihat, isu ini semakin hangat sejak kebelakangan ini sehingga sanggup menetak dan menganiaya madu sendiri kerana sifat cemburu.
Ingatlah kepada lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada seorang, adakah anda mampu berlaku adil kepada isteri-isteri anda? Tepuk dada tanyalah Iman. Sekian.
wa allah wa alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan