Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Isnin, 31 Oktober 2011

Perkara Yang Tak Boleh Di Lupakan

Banyak perkara yang Aku tak boleh lupakan sepanjang hidup Aku, tapi yang paling tak boleh dilupakan betul-betul, apabila mata kail, tahu tak mata kail tu? Alah... yang di gunakan untuk memancing tu, bentuk dia macam huruf "J". tulah di panggil mata kail.hehehe, yang Aku tak boleh lupa mengenai mata kail ni kerana, mula-mula Aku nak belajar memancing, Aku pinjamlah joran kawan Aku punya, maklumlah sebab tak mampu lagi nak beli masa tu, lau memancing pun guna buluh atau pakai tin je, bila dah jumpa joran yang pakai enjin tu, mulalah tangan gatal nak pinjam. Lepas Aku pinjam joran tu, Aku dan kawan-kawan yang lain terus ke sungai berdekatan dengan rumah Aku. Sebab terlalu ingin mencuba joran yang Aku pinjam dari kawan tu tanpa meminta bantuan cara mengunakan joran tersebut, Aku baling je mata kail yang ada umpan ke dalam sungai, tapi!!! Tapi apa??? Kau orang nak tahu apa yang berlaku? Mata kail yang aku baling tu, terkena atas mata, Mata apa? Mata ikan, mata buaya, mata udang? Bukan, tapi atas mata aku sendiri,mata kail tu, betul-betul terlekat atas mata Aku, dekat kening mata, Aku tak sedar langsung, ingat mata kail tadi dah jatuh dalam sungai bila di campak. Peh!!! bukan main sakit lagilah masa tu, siap berdarah lagi. Aku mulalah risau, macam-macam dah aku fikir masa tu, takut kena marah kat ayah aku, takut kena bedah dan "inject" kat doktor, macam-macam lagilah. kemudiannya, kawan Aku terpandang Aku, terus kawan-kawan yang lain mendapatkan Aku yang tengah kesakitan sebab perkara tu, dia orang bercadang nak bawa Aku pergi Klinik, namun Aku menolak sebab takut pada perkara yang Aku fikirkan tulah. Dah tak ada cara lain ke, selain bawa Aku ke Klinik? Aku bertanya kawan Aku. Kemudian Seorang kawan Aku terus mencapai "player" yang ada di motosikal, dan meminta untuk potong mata kail yang terlekat pada kening Aku tadi. Nasib baiklah mata kail yang hujung tu, tak terbenam dalam isi dekat kening Aku, lau tak, memang dah tak ada cara lainlah, terpaksa di bawa ke klinik.Kemudiannya, kawan Aku tadi potonglah hujung mata kail tadi, masa nak buang tu, bukan main sakit lagi, tapi Aku tahan saja kesakitan tu. Aku betul-betul bernasib baik sebab dapat tanggalkan mata kail tadi, darah makin laju keluar, Aku terus mencapai kain, dan menutup dengan tapak tangan aku, kemudian Aku pulang ke rumah, sapu minyak gamat, tak lama kemudian, darah mula berhenti, tapi bengkak sebab kesan terkena mata kail tu kat kening Aku, nasib baiklah pandai "cover" depan ayah Aku, lau tak, memang kenalah!!! kena kutuk? taklah kena marahlah,hehehe, Padam muka, gatal tangan sangat nak memancing. Ini makan dia.
Itulah perkara yang Aku tak boleh lupakan.

Rabu, 19 Oktober 2011

My Life About J (BBK 3408)

Menjawab soalan Dr. Notts mengenai siapa jasper, john dan jonah.

Jasper kemungkinan kawan baik Dr. Notts, iaitu seorang yang berbangsa kulit hitam dan Dr. Notts sering kali meminta bantuan Jasper supaya menjaga pejabatnya.

Manakala, John dan Jonah adalah orang yang sama. John digelar oleh Dr. Notts sebagai Jonah kerana Dr. Notts tidak mahu dilihat seorang yang mengada-gada. Panggilan Jonah kepada John oleh Dr. Notts sudah terbiasa, dan dikatakan John akur dengan panggilan tersebut iaitu Jonah.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kijang Tersungkur di Pantai Timur Angkara Penyu?

Tahun ini, 2011, "The Red Warriors" selaku juara piala Malaysia 2010, tidak dapat memburu piala Malaysia dek tersungkur di kaki penyu. Apabila 2 negeri berbisa di pantai timur bertembung, masing-masing menggunakan serangan berbisa untuk menempah ke tempat separuh akhir dalam piala Malaysia. Namun, sesuatu yang tidak dijangka oleh semua pihak, termasuk penyokong Kelantan sendiri, kerana juara piala Malaysia terlebih awal disingkir sebelum memasuki separuh akhir. Kekalahan Kelantan kepada Terengganu dengan agregat 2-5 sangat mengecewakan penyokong Kelantan. Walaupun Kelantan masih memburu untuk merebut tempat memasuki separuh akhir, namun cukup sukar kerana, kelantan terlebih dahulu tewas ketika bermain di stadium Terengganu dengan agregat 1-3. Dengan kehilangan permain berbisa seperti Daudsu, Shahkir yang dilayankan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan di Terengganu telah mencacatkan startegi yang dilakukan oleh Dato Karathu. Semua ini diluar dugaan semua pihak. Adakah silap pemain yang kasar atau pengadil yang terlalu emosi sehinggakan 5 layanan kad merah dan 9 kad kuning dalam satu permainan? Tiada rekod FAM sebelum ini. Sama-samalah merenung dan menilai.

"GOMO KLATE GOMO"

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kebingungan

aku pelik betul dengan budak seorang ni, aku beritahu kat dia, kalau aku betul-betul tak ikhlas nak berkawan dengan dia, memang dah lama aku mempergunakan dia, lepas aku cakap macam tu, dia cakap dia silap dan terimalah kata-kata aku tu, lepas 2 or 3 hari, dia cakap aku memang tak ikhlas pulak dah kawan dengan dia..ish!!!tak faham aku. lau ada lagi perasaan marah tu, tak boleh nak buat apa dah, aku dah mintak maaf pun. aku nak tengok, lau terserempak dengan dia nanti, nak tengok muka dia macam mana, merah berapi tak, atau berasap tak kepala dia, maklumlah orang tengah marah, kih,kih,kih

PEACE FOR WORLD...

Bergambar Bersama Kumpulan Uda Dan Dara

kerjasama

lari-lari kejut perut

buli ke ni?

pengsan?

buat apa tu?

menakjubkan

no parking!!!

gelak sampai nak terkencing

ada gaya

tak tahu ke mana


silaunya!!!

keriangan

yak boktam! terjatuh sudah

Selasa, 11 Oktober 2011

KeBuntuan

Mengapa dan kenapa Aku terjerat dalam permainan dunia? Bagaimana Aku nak perjelaskan semua ini. Nak salahkan Muka Buku, tapi Aku yang silap. Sebenarnya, Aku ingatkan kawan macam biasa-biasa yang pernah Aku kenal saja, tapi...
Kalaulah Aku tahu dari awal semua ini berlaku,
 Aku tak akan ... ah!!! (Buntu).


BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIARLAH PADA YANG SATU.

Teman Sejati

seandainya kamu bertemu seseorang yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebaikan,
menyimpan keaibanmu atas nama keikhlasan,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
dia bukanlah seorang kawan,
tapi TEMAN SEJATI.