Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 5 Januari 2014

kisah ke-3 2013 ke 2014

kisah ke-3, ni kisah aku dapat tawaran sambung belajar dekat upm balik, aku bukan nak cerita kisah dapat tawaran tu, tapi nak cerita masa hari konvo junior aku. Ha! Aku ingatkan dah tak dapat hadir majlis konvo junior aku ni, rupanya dapat juga, sempatlah bagi bunga-bunga dekat dia orang, hanya yang terpilih sahaja yang dapat bunga, sebagai tanda ucapan tahniah atas kejayaan dia orang. Cyeehh!!! Bangga tak dengar ayat tu yang dapat bunga dari aku tu? Walaupun bunga tu nilai harganya tak seberapa, tapi bukan nilai menjadi ukuran ya, Hehehehe. Nak jadikan cerita, masa majlis konvo tu, hari hujan, basah kuyuplah jawabnya, aku beli 4 kuntum bunga, tiga kuntum bunga aku bagi dekat dia orang betul-betul keluar pintu dewan, tapi yang sekuntum bunga ni, belum bertuan, alahai bunga, nasib baik hari tu hari hujan, kalau harinya panas, layulah kau aku rasa. Punyalah susah nak cari budak ni sorang, nak bagi hadiah je kot sebagai tanda tahniah, boleh pula dia lari bila Nampak aku masa depan pintu keluar dewan tu, bukan nak bagi cincin suruh kawin dengan aku pun, hahaha, gurau je. Puas aku cari si budak ni, sampai basah baju dengan seluar dan kasut sekali, dalam hati aku berkata, kalau bunga ni rezeki dia sebagai tanda tahniah, mesti jumpa juga, tapi tak jumpa-jumpa, ‘last-last’ aku suruh adik aku ‘kol’ dia, Tanya duk dekat mana, nasib baiklah dia bagitahu duk dekat mana, dapatlah bagi hadiah yang tak berharga mana tu, tapi boleh pula dia buat muka ketat depan aku, maybe sebab depan mak sedara dia kot, hahahaha. Aku terpandang juga dekat mak sedara dia, nasib baik mak sedara dia senyum je, tak marah dan tak kata apa-apa, mak sedara dia pun faham kot, hari konvo, tak peliklah kalau lelaki bagi hadiahkan, sebagai seorang kawan, tapi dia je buat muka ketat dengan aku, hahahaha. Ada aku kisah??? Aku pun blah cam tu jelah, aku lupa, dia berterima kasih ke tak ya masa tu, emm.. maybe berterima kasih kot, fikir positif jelah :-P , tup-tup dia mesej, mesej tu rahsialah, tak kan nak cerita dekat sini kot, nanti tak pasal-pasal dia baca coretan aku ni, ‘last-last’ kena ‘sound’ lagi. Hahahaha. Tahniahlah buat junior-junior aku yang konvo tahun 2013 tu, semoga kejayaan yang dikecapi itu, membawa kepada rezeki yang barakah. Ha! Dengar cerita, dia ni dah dapat kerja dah pun, ‘fresh graduat’ dah dapat kerja, hebatlah, Alhamdulillah itu namanya rezeki Allah, Tahniah ye! :-P kepada tuan empunya diri tu, mohon terasalah, hahahaha… Ok tq, sampai di sini dulu, sambung peristiwa 2013 seterusnya, maybe ada kaitan dengan budak yang dibicarakan di atas tu. Kalau anda tak suka kisah anda tertulis dan dibaca di sini, harap boleh keluar dari blog ni. (ayat macai) Hahahahaha, gurau je, peace yooo….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan