Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Jumaat, 26 April 2013

cerita hari ini

Huh! Pagi-pagi dah kena 'sound'. Tiba-tiba lak terasa panasnya. Kes aku tak masuk 'metting' panitia subjek. Woi, kau sapa nak 'sound2' aku. Aku bukan guru panitia subjek pun, aku cuma guru ganti je. Tak ada dalam kontrak pun, aku tak masuk 'metting' pun tak apa. Hari tu, kau suruh aku wakil kau kan? Sebab kau ada kerja. Aku tengok kau ada je dekat pejabat kemarin. Nak mengelak ya. Ambil kau! Siap keluar makan tengah hari lagi, sampaikan aku tak sempat nak beritahu kau, yang aku ada hal juga kemarin. Aku dah cari kau, kau lak tak ada, kau nak salahkan aku, ok, aku salah. Aku dah minta maaf tadikan. Tapi aku memang tak puas hati, sebab kau macam tak terima je kemaafan dari aku. Siap cakap lagi "Not bad". Terima kasihlah ya. Kalau nak ikutkan kebodohan aku tadi, memang kecohlah pejabat PPKI tu kan, nasib baik aku fikir air muka abang aku dekat situ. Tapi kau rasa 'menta'lah sebab guru-guru lain kau dah biasa 'sound' ikut suka kau je kan, macamlah kau tu penolong kanan PPKI, kau pun sama dengan guru lain jelah. Tak apa, lain kali, aku akan cakap, yang aku cuma guru ganti, dan apa-apa jawatan kecuali jawatan asas seperti guru kelas, yang lain aku tak terlibat sama sekali ok. Nak tengok surat, aku boleh tunjuk (Ayat bengang).
Ok, aku pun malas nak cerita panjang-panjang, aku nak cerita pengalaman baru aku dapat hari ni lak. Aku diminta untuk 'update' data murid-murid kelas. Maklumlah, yang aku gantikan ni seorang guru kelas. Pening juga nak 'update' data murid-murid ni. Alhamdulillah, ada juga guru-guru yang ingin membantu aku tadi. terima kasih cikgu yang membantu tadi. Em nasib baiklah tak ramai anak murid dalam kelas, cuma 6 orang je. 6 orang pun dah rasa lama nak 'update' data budak-budak ni. Maklumlah, tentang diri pelajar, ibu bapa dia orang sampaikan num akauan bank dan pekerjaan bapa dan ibu dia orang kena 'update' sekali. Huh! Nasib baiklah sesetengahnya dah ada dalam data tu. Senang cikit. Esok 'last' untuk 'update' data murid-murid. Esok aku mesti semak balik, sama ada masuk tak, takut-takut tak jadi, maklumlah, ramai sangat guru di Malaysia ni buat benda yang sama. hehehehe. sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan