Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 7 April 2013

3 2 1 serangkai

3 2 1 serangkai? apa maknanya, kalau kau orang dah baca blog aku yang pasal 3 serangkai dulu, mesti kau orang kan ingat cerita tu. Mula-mula 3 kepada 2 kepada 1. Em nampaknya tahun lepas, 3 serangkai dah menjadi 2 serangkai, tapi tahun ni 2 serangkai dah nak jadi serangkai. Nasib badanlah, aku ingatkan kawan baik aku ni main-main cakap nak kawin tahun ni, rupa-rupanya betullah. Cyehhhh!!! Rupanya jawapan dah terjawab, nampaknya tinggal aku seorang jelah yang belum kawin. Hehehehe, kawan aku mula-mula hantaran yang di akad sebagai mas kawin 1k je, tapi yang nak kawin seorang lagi nilah 3k. Peh! 2 2 kawan aku ni dapat hantaran murah-murah. Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan nikah itu ialah sederhana perbelanjaannya (mas kawin)". Bertuahlah dapat calon dan bakal mertua yang memahami, tak macam setengah tu, macam nak jual anak lak. 10K hantaran, mahu lepas kawin, pokailah jawabnya. Aku nak cari yang macam ni jugalah, bukan yang 10K tapi macam yang kawan baik aku dapat ni antara 1K dan 3K, hehehe. Perasanlah diri sendiri, calon pun belum ada, hahahaha, Ini semua poyo! Eh, agak-agak aku tahun depan ke? Bukan apa, sebab kawan baik aku baru je kawin tahun lepas, tahun ni, dapat berita yang seorang lagi ni dah nak kawin tahun ni pulak. Cyehhh, pakai teori sendirilah pulak, Hehehehe. Apa-apa pun semoga majlis kawan baik aku ni berjalan dengan lancar dan selamatlah, aku doakan moga kawan aku yang dah kawin dan akan kawin bulan 5 nanti, berbahagia hingga akhir hayat. Tak sabar nak dengar panggilan "Pak Cik" dari anak-anak kawan baik aku ni. Aku harap, kawan aku ni, dapat anak cepat-cepat ya, hahahaha. amin..
Ini Surat "Madoh" versi klate kalau orang luar panggil kad jemputan kahwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan