Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Khamis, 31 Mei 2012

Cerita Lawak dalam Tren Komuter

Cerita lawak: Adalah satu hari, masa tu saya sendiri baru pulang dari pesta buku di PWTC. Saya mengambil keputusan untuk menaiki komuter dari Putra sampai ke Serdang bagi megelak daripada kesibukan kenderaan di jalan raya, dalam perjalanan hentian Putra ke hentian Serdang, adalah dua orang warga Indonesia. Dua orang warga Indonesia ni borak-boraklah dalam tren komuter tu, nak jadikan cerita lawaknya, dalam perjalanan tersebut, satu letupan berlaku, "POOM!" macam tayar meletup,saya rasa letupan tersebut di sebabkan aliran elektrik yang digunakan untuk menggerakkan tren komuter itu terputus sementara. Dua orang mamak Indonesia tadi terkejutlah mendengar letupan. Salah seorang dari mamak Indonesia itu pun berkata kepada kawannya itu,

mamak Indonesia 1: Alamak! tayar komuter ni bocorlah. (dengan muka serius)

mamak Indonesia 2: Komuter ni mana pakai tayar getahlah, komuter pakai tayar PVC lah. (dengan serius muka mamak ni menafikan jawapan yang diberi oleh rakannya itu).

Semua penumpang memandang ke arah dua orang warga Indonesia tersebut. Ada yang nak tergelak tapi menahan gelakan tersebut. Ada yang tutup dengan  beg pun ada dekat muka, sebab nak tahan daripada tergelak. Saya sendiri pun memandang mereka, tapi tahan sajalah nak gelak, nanti tak pasal-pasal kena belasah. Sampai saja dekat hentian Serdang, terus tergelak seorang diri, HAHAHAHAHA. Untuk pengetahuan, Tren Komuter mana pakai tayar getah atau tayar di perbuat daripada PVC. Komuter pakai rim besi sajalah. HAHAHAHAHAHAHAHA. Macam-macam ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan