Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Sabtu, 24 Disember 2011

Pengalaman Saya Mengikuti Kelas Dr. Notts

Apa yang saya nak ceritakan ini mengenai pengalaman saya mengikuti kelas BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia yang diajar oleh Dr. Notts. Siapa Dr. Notts? Dr. Notts atau nama sebenarnya Dr. Normaliza Abd Rahim. Mesti kawan-kawan nak kenalkan siapa Dr. inikan? Jom kita lihat Dr. Notts dekat sini, http://aammwa.blogspot.com/ cuma klik je, nanti kawan-kawan akan mengenali orangnya. Berbalik kepada tajuk saya tadi. Apa yang saya nak ceritakan adalah pengalaman saya mengikuti kelas tersebut. Mula-mula kelas BBK 3408 Dr. Notts amat tegas orangnya, Dr. Notts nak semua pelajarnya memakai kasut, berpakaian kemas dan paling penting menepati masa. Kalau kelas pukul 10 pagi, sebelum pukul 10 pagi dah wajib semua ada dalam kelas. PEh! bagus betullah tindakan Dr. Notts ini. Kenapa saya cakap begitu, sebab boleh mendisplinkan diri saya dan kawan-kawan yang lain. Sebenarnya Dr. Notts ni seorang pensyarah yang mudah mesra dengan pelajar.Terima kasih Dr. Notts. Ha!!! ceritanya belum habis lagi. Jom sambung balik, bermulalah pengalaman kerja sastera dalam multimedia. Bunyi bestkan? permulaannya,  pelajar-pelajar yang mengikuti kelas ini dipecahkan kepada tujuh kumpulan, dan salah satu kumpulannya adalah Uda & Dara. Uda & Dara ini adalah kumpulan sayalah. Mula-mula kami diberi tugasan membuat peribahasa berdasarkan gambar yang menarik. Maklumlah sekarang ini, peribahasa/simpulan bahasa dah jarang digunakan, jadi jalan yang terbaik nak perkasakan kembali peribahasa/simpulan bahasa adalah dengan cara meletak gambar dan peribahasa yang sesuai dengan gambar. Contohnya dibawah ini
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Gambar di atas adalah salah satu contoh peribahasa yang kumpulan kami hasilkan. Jom, baca lagi pengalaman saya mengikuti kelas Dr. Notts. Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan adalah menghasilkan video. Video pertama adalah mencari sebuah lagu dan hasilkan jalan cerita berdasarkan lagu itu. Peh! bukan main sukar lagi, pegang watak utama pula tu, tambah-tambah kena menyanyi pula, Adoi, susah juga. Bukan setakat susah di situ je, tapi susah juga nak edit video ni, rasa nak menangis pun ada juga, masa nak siap edit, macam-macam dugaan mendatang, video tak ada respon la masa nak "publish", perut laparlah dan macam-macam lagilah. Namun berkat usaha dan kerjasama daripada kumpulan kami dapat menyiapkan juga video tersebut. Bukan satu video ni je, tapi 6 video yang dihasilkan oleh kumpulan kami termasuklah dokumentari. Mesti kawan-kawan nak tengokkan video yang dihasilkan tersebut. Kawan-kawan bolehlah cari dalam Youtube, taip BBK3408 2011 dekat ruangan "search". Kalau nak tengok yang kumpulan saya taip BBK3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION. Hehehe, moga terhiburlah ya. Sambung lagi pengalaman saya ni, belum habis lagi. selain menghasilkan video, kami juga diberi tugasan menghasilkan e-majalah, blog, iklan dan website. kalau ada masa kunjungilah website saya ye, cuma klik disini je www.kasihnyasastera.veebly.com. Peh! macam "editor design". Itu adalah pengalaman dan kemahiran. Jangan ingat budak sastera hanya tahu sastera je, tetapi dengan pendedahan dan tunjuk ajar oleh Dr. Notts dalam multimedia ini, sedikit sebanyak memperoleh ilmu dalam IT ini. Ha!!! berbalik kepada edit video tadi, saya ada nak ceritalah sedikit. Bermula dengan kesukaran dan berakhir pun dengan kesukaran juga mengedit video ni. Video paling akhir adalah video mengenai dokumentari. Apa yang saya nak cerita disini semasa mengedit video ini. Pelbagai perasaan datang, nak marah, nak menangis, nak ketawa dan lain-lain. Perasaan nak menangis dan nak marah tu apabila siap edit video dan siap saja di "publish" tiba-tiba, video ini tak ada suara. Bisu terus. Sampaikan aku tak lalu nak makan risau video ni tak berjaya dihasilkan. Namun, berkat doa, semangat dan kerjasama daripada kawan-kawan kumpulan Uda & Dara akhirnya, video ini melalui proses edit semula dan berjaya di "publish". Perasaan gembira dan ketawa ketika inilah timbul, yang tak berselera nak makan tadi, dah kembali berselera balik. Alhamdulillah, Terima kasih kawan-kawanku dalam kumpulan Uda & dara, pengalaman ini takkan saya lupakan, dan tak lupa juga terima kasih kepada Dr. Notts yang memberi pendedahan yang baru kepada saya dan tunjuk ajar yang sangat berbaloi kepada saya dan kawan-kwan yang lain. Belum habis lagi terima kasih juga kepada Cik Hidayati Ismail sebagai "tutor" dalam subjek ini yang banyak juga memberi tunjuk ajar menghasilkan kalendar sendiri, website dan lain-lain. Jika saya ada terkasar bahasa atau apa-apa tindakan yang membuat kawan-kawan berkecil hati, saya memohon maaf. Sampai di sini saja. Lihatlah gambar-gambar di bawah sebagai tatapan kawan-kawan ketika saya mengikuti kelas ini. Saya akhiri dengan ucapan Assalamualaikum.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan